NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
1 Side Effect Content Marketing Yang Tidak Ramai Kita Tahu

1 Side Effect Content Marketing Yang Tidak Ramai Kita Tahu

Content akan tingkatkan ‘visibility’ jenama kita. Akan tingkatkan kepercayaan pasaran dan akan tingkatkan jumlah prospek.

Content juga akan tingkatkan kos kita. Iyalah, bukan murah mahu gajikan (atau upah) content writer yang bagus. Dalam pada FB Ads semakin kurang berkesan, content marketing sahajalah yang tinggal jadi tiang utama. Namun ianya bukan percuma!.

Tetapi, ada satu efek content marketing yang hanya mereka yang sudah buat sahaja tahu dan rasa.

Rata-rata usahawan yang buat content marketing akan terkejut bila dapat rasa efek ini.

Efek tersebut adalah: Lebih Mudah Cari Pekerja Baru.

Ya, Content Marketing sangat membantu kita dalam mencari tenaga baru untuk memperkukuhkan bisnes kita.

Semua content kita tentang produk dan juga bisnes kita secara tidak langsung memaparkan budaya kerja pasukan kita.

Content juga lebih mudah tersebar berbanding iklan menjual. Akibatnya, lebih ramai orang nampak budaya kerja pasukan kita. Maka tentulah ramai dalam pasaran yang senada dan suka dengan budaya kerja pasukan kita akan tertarik untuk bekerja.

Maka, apabila kita gunakan saluran marketing yang sama untuk menawarkan jawatan kosong dalam pasukan kita, lebih ramai bakal ahli tim baru yang bagus-bagus akan respons.

Mereka ini bukan sahaja berminat dengan pasukan dan jenama bisnes kita, tetapi mereka juga telah menapis diri mereka sendiri. Kebanyakan mereka sudah benar-benar faham budaya, kerja dan jenama bisnes kita. Mereka adalah bakal pekerja yang sebelah kaki sudah masuk ke dalam pintu pasukan baru kita.

Maka, usahawan yang menggunakan content marketing seharusnya turut merancang content yang memaparkan gerak kerja, budaya dan ahli pasukan. Ini bagi menjadikan ‘side effect’ ini lebih terserlah dan lebih mudah kita guna apabila masanya memerlukan.

Kerana, usahawan yang terbaik sudah merancang untuk mengembangkan ahli pasukan daripada awal lagi.


ps: Ehem, Tawaran Istimewa Notabisnes – Edisi Kombo CNY akan tamat tidak lama lagi. Dapatkan SEMUA ebook dan Panduan Video dalam siri Notabisnes pada┬áharga yang sangat tidak masuk akal SEKARANG. Klik sini: Kombo CNY 2017

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.