NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
2 Formula Lengkap Untuk Bina Content

2 Formula Lengkap Untuk Bina Content

Pertama sekali: jangan terpedaya dengan namanya yang canggih itu – “Content Marketing”. Content bukanlah perkara yang asing sebenarnya. Ia sudah wujud beribu-ribu tahun dahulu.

Ia wujud sebelum bahasa wujud.

Maka, perkara pertama yang kita perlu faham adalah perihal “Apa itu Content?”

Isunya adalah lain orang lain kefahaman mereka tentang content. Lain yang mereka nampak sebagai content. Antara content yang mereka faham adalah: post di social media, buku, ebook dan artikel.

Betul, tetapi tidak tepat. Itu hanyalah sebahagian daripada BENTUK atau FORMAT content.

Content yang sebenar-benarnya bukanlah terhad kepada bentuk itu sahaja! Ada bentuk lain yang tetap dianggap sebagai content: lukisan, grafik, tulisan, arca, sembang, wayang gambar, foto, video, live stream, bengkel, seminar, rakaman dan banyak lagi.

Pendek kata bentuk dan format content tiada hadnya. Selagi manusia mencipta jalan baru untuk berkomunikasi, ia boleh jadi format baru untuk content tersebar.

Jika format adalah salah satu komponen content, maka apakah rupa sebenar content?

Content adalah mesej yang dipakejkan mengikut format yang diterima pakai oleh channel marketing tersebut.

Content = Mesej + Format

Jika kita hanya ada format tetapi tiada mesej, maka ia tidak dianggap content tetapi ‘noise’. Kerana itulah sekarang ini di social media kita rasa sangat serabut dan semak. Kerana banyak post yang bukanlah content yang berisi tetapi sekadar noise.

Contoh: banyak post tentang kebakaran di hospital bukanlah content tetapi noise.

hospital sultanah aminah terbakar (1)

Noise tiada nilai. Malah mungkin sahaja nilainya jatuh kepada negatif. Maksudnya, orang yang membaca rasa menyampah dan channel yang digunakan (facebook) rasa nak flag. Mungkin.

Maka apa pula definisi Content yang bernilai, yang ada value kepada audiens?

Semua benda yang bernilai dalam dunia ini, termasuklah Content mesti mempunyai salah satu atau dua perkara ini:

  1. Berguna
  2. Menghiburkan

Jika content tersebut berguna, maka ia sudah jadi content yang bernilai. Jika content tersebut menghiburkan makan ia sudah jadi content yang bernilai. Jika content tersebut berguna dan menghiburkan, maka ia sudah jadi 2 kali ganda bernilai.

Maka, formula untuk hasilkan content yang sangat-sangat bernilai yang menjadi calon yang sangat bagus untuk viral adalah: Content yang sangat-sangat berguna DAN/ATAU sangat-sangat menghiburkan.

Screenshot from 2016-10-26 07:10:06

Ambil contoh content yang viral, Resepi Masak Nasi untuk Nasi Ayam oleh AmazingAyu yang di-share sehingga beratus ribu kali. Kita kupas mengikut formula di atas:

  1. Mesej: mesej resepi tersebut – “masak nasi ayam ni mudah ja, tetapi ada rahsianya”
  2. Format: Gambar step-by-step. Mudah nak faham dan nampak gambarannya dengan jelas.
  3. Berguna: sangat-sangat berguna untuk nak masak nasi ayam nanti. Maka orang share agar mudah nak cari semula apabila diperlukan.
  4. Menghiburkan: Format dan bahasa yang digunakan mudah difahami, jumlah like, komen dan share yang tinggi dan meningkat laju (pada awalnya) membuatkan orang rasa percaya. Seronok baca ruangan komen yang ada pelbagai tips tambahan dan respons daripada mereka yang dah cuba.

Yang biasa kita keliru di sini adalah pada ciri-ciri perkara yang ‘menghiburkan’. Apakah sebenarnya maksud ‘menghiburkan’ yang digunakan di sini? Apakah ‘hiburan’ yang sebenarnya?

Hiburan BUKAN lah buat audiens ketawa terbahak-bahak. Itu ialah komedi. Itu ialah maharajalawak mega. Malahan, ada sahaja komedi yang tidak menjadi lalu kita jadi marah. Biasa terjadi kepada Nabil Raja Lawak. Terlebih melawak pun tidak kelakar.

Hiburan yang sebenarnya-benarnya adalah ‘perkara yang membuatkan audiens lupa masalah mereka’.

Itulah maksud hiburan yang sebenar. Hiburan adalah satu bentuk ‘escapism’, menjadi jalan untuk audiens berehat sebentar daripada memikirkan isu yang memberi tekanan dalam kehidupan mereka.

Sebab itulah hiburan mudah menjadikan kita ‘lalai’ jika tidak dikawal. Kerana apabila kita kerap berhibur maka perkara yang memberi tekanan itu tidak hilang kerana diselesaikan tetapi hilang kerana diabaikan.

Kita lalai terhadap tanggungjawab kita apabila terlebih berhibur. Itulah definisi hiburan yang sebenar.

Apakah pula perkara yang boleh buatkan kita lupa kepada stress kita? Asasnya adalah: perkara yang menyentuh emosi kita.

Katakunci di sini adalah EMOSI.

Jika content kita mampu menyentuh emosi pembaca maka content kita sudah jatuh bawah kategori menghiburkan. Maka, kemahiran penting dalam menghasilkan content yang bernilai adalah kemahiran memasukkan elemen emosi dalam content kita tadi.

Dan elemen emosi ini bukanlah emosi gembira dan kelakar semata-mata. Ada banyak lagi emosi lain: sedih, marah, amuk, teruja, kagum, bangga dan lain-lain.

Dengan menyuntik elemen emosi ini dalam content kita maka content kita sudah jadi satu content yang menghiburkan.

Jadi, content yang menghiburkan tidak perlu jadi content yang kelakar atau komedi semata-mata. Asalkan content tersebut mampu membuatkan audiens lupa tentang stress mereka tatkala itu, maka ia sudah cukup menghiburkan. Dan caranya adalah dengan menyuntik elemen emosi dalam content kita tadi.

Bagaimana pula untuk kita bina content yang berguna? Ini mudah difahami semua orang. Kita secara semulajadi memang ada intuisi dalam menilai kebergunaan sesuatu perkara.

Content akan menjadi sesuatu yang berguna apabila ia 1) Menyedarkan audiens yang mereka ada masalah dan 2) membantu audiens menyelesaikan masalah mereka tadi. Dengan kata lain, content yang berguna adalah content yang dibina berdasarkan masalah audiens.

Cabarannya di sini terbahagi kepada dua: 1) mengenalpasti masalah audiens dan 2) menyampaikan content dalam bentuk yang mudah mereka faham

Nak kenalpasti masalah mudah. Nak betul-betul faham PUNCA masalah itu susah. Kemudian nak sampaikan mesej kesedaran dan penyelesaian itu satu hal susah peringkat yang lebih tinggi!

Sedangkan kita sendiri pun sukar nak faham masalah sendiri, inikan pula masalah orang lain. Lebih mencabar lagi adalah untuk orang yang bukan bidang tersebut mahu memahami dan menyelesaikan masalah tersebut. Belum tentu menjadi.

Tetapi ianya tidak mustahil!

Apabila kita selalu latih mata untuk mencari masalah dan mengorek punca masalah tersebut, dan kerap juga latih kemahiran komunikasi kita untuk menyampaikan mesej kita dengan efektif, maka kita akan semakin mudah membina content yang berguna.

Dan apabila kita selalu latih menyampaikan mesej dengan penuh emosi, kita akan semakin mudah membina content yang menghiburkan.

Maka apabila kita mahir bina content yang berguna dan mudah buat content yang menghiburkan, content kita akan sentiasa jadi content yang bernilai tinggi di mata audiens kita.

2 kemahiran di atas tidak perlukan kemahiran teknikal yang tinggi. Tidak perlu belajar seni fotografi dan masuk kelas menulis untuk menghasilkan content yang bernilai. Perlu belajar teknikal jika kita ingin hasilkan content yang ‘polished’ dan kemas/cantik.

Namun harus kita ingat, ‘cantik’ dan ‘polished’ semata-mata tidak akan buat content sampah jadi bernilai.

Itulah dia 2 formula pentik menghasilkan content:

Content = Mesej + Format

Content Bernilai = Berguna + Menghiburkan

Komponen Pecahan kepada formula Content Bernilai:

Content Berguna = Selesaikan Masalah

Content Menghiburkan = Ada Elemen Emosi

Maka kita boleh kata formula lengkap Content Bernilai adalah:

Mesej yang menyelesaikan masalah dan ada elemen emosi yang disampaikan mengikut format mengikut channel content dalam bentuk yang mudah dihadam audiens

Selagi kita berpegang kepada formula di atas, selagi itulah content kita mudah untuk jadi content yang bernilai tinggi.

Maka sekarang tuan-puan boleh berehat sebentar, fikirkan apa yang boleh dibuat selepas ini tentang content dan kemudian baca sekali lagi artikel ini.

Kerana apabila dibaca berulang kali barulah mesej sebenar artikel (content) ini jelas terpampang depan mata.

Sekian,

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.