NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
2 Kegunaan Saham Dalam Syarikat Kita

2 Kegunaan Saham Dalam Syarikat Kita

Pernah terfikir apa fungsi saham dalam syarikat? Ia tidak seperti itu!

Apabila kita mendaftar sebagai PLT ataupun Sdn Bhd, kita boleh mengagihkan saham kepada rakan kongsi. Saham ini adalah saham ‘milikan’. Maksudnya, sesiapa yang ada saham maka dia ada hak ke atas syarikat tersebut.

Saham adalah alat. Itu yang perlu kita faham di sini. Maka, apabila saham itu ialah satu alat, kita perlu tahu cara-cara menggunakannya dengan betul.

1) Tanda Perkongsian

Salah satu kegunaan saham yang paling besar adalah sebagai ‘tanda’ bahawa kita mengakui bahawa si polan itu adalah rakan kongsi kita. Saham ialah tanda yang paling jelas dalam perkara ini. Mengapa begitu? Kerana pemberian sebahagian saham ibarat kita memberi sebahagian syarikat kepada beliau.

Itu adalah perbuatan mereka yang ‘berkongsi’.

Kalau setakat cakap mulut sahaja, “Kita ber-partner-lah untuk projek ini jom!”, tanpa pembahagian saham, jelas nyata itu sekadar retorik kosong. 🙂

Saham ialah ‘tanda’ perkongsian syarikat. Segala untung syarikat akan dikongsi. Segala privilage sebagai seorang pemilik syarikat akan dikongsi. Segala pahit maung akan dikongsi. Segala beban akan dikongsi. Segala kerugian akan dikongsi.

Jika disaman pun akan dikongsi juga.

Tanpa saham, tiada istilah perkongsian.

2) Syarat Suntikan Modal

Satu lagi kegunaan saham adalah sebagai senjata di atas meja rundingan.

Apabila kita sebagai pemilik bijak membahagi-bahagikan saham, kita boleh mengekalkan kuasa semasa berunding dengan pihak pemodal.

Ini adalah kelebihan besar khusus pada fasa startup dan systemize.

Pada fasa tersebut, kita sukar untuk mendapatkan fasiliti pinjaman daripada bank. Maka, salah satu caranya adalah kita mendapatkan suntikan dana daripada pemodal luar.

Kebiasaannya, pemodal suka untuk memiliki sebahagian saham sebagai salah satu syarat memberi modal.

Jadi, jika kita sebagai pemilik sudah kekeringan pegangan saham, kita tidak akan berjaya berunding. Jika kita tidak berjaya untuk berunding, syarikat kita tidak boleh menerima suntikan modal dari luar untuk memesatkan perkembangan.

Akibatnya syarikat kita boleh jadi melingkup, kerana pesaing berjaya memegang market share.


Prosedur saham yang lebih terperinci boleh kita dapatkan daripada setia usaha kita. Seperti yang kita tahu: “The Devils is in the Details”. Pemahaman kita secara terperinci mampu membantu kita daripada jatuh dalam perangkap strategi.

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.