NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
2 Sebab Mengapa FB Ads Sudah Tidak Berkesan

2 Sebab Mengapa FB Ads Sudah Tidak Berkesan

Inilah soalan yang berlegar-legar dalam kepala ramai pendatang baru dalam dunia FB Ads. Ramai kita yang rugi dan runsing semasa pertama kali menggunakan FB Ads semenjak dua menjak ini.

Ya, hasil FB Ads tidak lagi seperti dulu. Dahulu, kita buat sahaja iklan pasti menderu-deru orang klik dan respons. Dalam bahasa FB Ads, respons itu dipanggil ‘engangement’.

Dahulu, walaupun iklan kita buruk dan entah apa-apa, engagement tetap tinggi. Dengan modal yang sangat rendah kita boleh berbangga dengan ROI iklan kita.

Sekarang, tidak lagi. Malahan, kita campak duit yang banyak kepada Facebook pun belum tentu iklan kita tinggi engagement nya.

Mengapa Jadi Begitu?

Dari segi teknikal, facebook tidak peduli pun tentang duit yang kita campak pada mereka. Ya betul, mereka tidak kejar duit kita. Facebook sendiri sudah ada duit simpanan berjuta ringgit! Lagipun, duit bukanlah prioriti utama bagi mereka.

Prioriti utama bagi Facebook adalah pengguna mereka. Lebih tepat lagi ‘perhatian’ pengguna mereka.

Mereka hanya mahu pengguna facebook sentiasa seronok berada dalam facebook. Ini membuatkan taktik kita ‘buat iklan entah apa-apa’ sebenarnya bertentang dengan prioriti facebook tadi. Oleh kerana itu, iklan kita ‘didenda’ dengan engangement yang rendah kerana jumlah reach dikecilkan dan dimahalkan.

Jalan keluar dari segi teknikal ini adalah kita perlu buat iklan yang tepat kepada target audience, dan juga berguna dan/atau menghiburkan kepada mereka. Hanya iklan yang relevan dengan target market akan mendapat reach yang normal lalu mengembalikan zaman kegemilangan FB ads kita seperti sebelum ini.

Dari sudut lain pula, satu lagi sebab mengapa FB Ads sekarang tidak berkesan adalah kerana sekarang TERLALU RAMAI pengiklan di Facebook Ads.

Jika dahulu, Facebook Ads adalah blue ocean kepada semua pengiklan, sekarang tidak lagi. Ia sudah jadi laut yang merah akibat darah mangsa jerung-jerung FB Ads.

Ya, persaingan di FB Ads sangat-sangat sengit sekarang ini. Terlalu ramai yang mengiklan menjadikan jumlah iklan meningkat dengan drastik. Jumlah pengguna yang ‘mahal’ lebih perlahan peningkatannya. Akibat daripada itu: terlalu banyak iklan yang mahu ditayangkan kepada sedikit jumlah pengguna.

Apabila banyak iklan yang bersaing, secara automatik jumlah RM ‘bidding’ akan meningkat kerana kita mahukan iklan kita ditayangkan kepada pengguna tadi. Maka, kos iklan kita meningkat dengan drastik.

Gabungan dua perkara tersebut: Reach menurun dan kos meningkat menjadikan iklan kita berganda-ganda tidak efektif. Sudahlah kurang orang yang klik, maka cost-per-click akan meningkat, ditambah pula dengan kos sedia ada meningkat, menjadikan cost-per-click dua kali ganda peningkatannya.

ROI iklan kita pun jatuh menjunam = iklan tidak berkesan.

Kita tidak boleh lagi main hentam buat iklan FB Ads. Kita perlu lebih sofistikated dalam membina kempen iklan facebook yang berkesan.

Well, kita ini usahawan, kita tiada masa untuk fikirkan semua ini!

Maka sampailah masanya untuk kita gajikan paling kurang seorang staf yang fokus pada iklan facebook. Atau kita boleh juta upah konsultan luar yang lebih pakar (dan tentulah lebih mahal) untuk uruskan kempen-kempen iklan kita.

Kerisauan utama apabila kita mahu bekerjasama dengan pihak ketiga adalah “Bagaimana mahu kawal mereka?”

Itulah fungsi utama Facebook Business Manager: Mengawal pihak ketiga yang menguruskan kempen kita!

Malahan, bukan sahaja kita boleh cari staf/konsultan untuk facebook ads. Business Manager juga boleh digunakan untuk mengurus dan mengawal akses pihak ketiga kepada akaun Facebook Page kita.

Maka, selepas ini kita tidak perlu pening-pening lagi untuk keep-up-to-date dengan segala teknik buat iklan dan juga pening menguruskan content dan komen di facebook kita. Serahkan kepada pihak ketiga.

Panduan Video Facebook Ads: Business Manager memang dicipta khas untuk membantu kita bermula dengan betul dan yakin tentang Business Manager ini.

Setiap perkara ada ditunjukkan dengan terperinci segala langkah-langkah yang perlu dibuat. Apa yang boleh kita buat dengan Business Manager? Ini dia:

1) Daftar Business Manager
2) Login ke Business Manager
3) Pindah Milikan Page kepada Business Manager
4) Buat Page baru dalam Business Manager
5) Pindah Pemilikan Akaun Ads kepada Business Manager
6) Buat Akaun Ads Baru dalam Business Manager
7) Uruskan Payment Method dalam Business Manager
8) Tambah Admin baru kepada FB Ads Spesifik
9) Tambah Admin baru kepada FB Page
10) Buang Admin daripada Akses FB Ads tadi
11) Buang Admin daripada Akses Page tadi

Baca lanjut tentang Panduan Video Facebook Ads: Business Manager di sini —> http://notabisnes.net/businessmanager

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.