NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
22 Point Of Engagement Yang Facebook Ukur

22 Point Of Engagement Yang Facebook Ukur

Ya, setiap post kita di Facebook mereka akan ukur tahap engagement post itu. Mana yang tinggi engagement maka semakin ramailah friends & follower akan nampak.

Perhatikan: Engagement, BUKAN Like, komen dan share semata-mata!

Maka apakah sebenarnya yang facebook ukur? Ada banyak!

Berikut adalah senarai tidak rasmi yang dapat dikenalpasti daripada pemerhatian ringkas geng notabisnes:

  1. Like (dan segala Love, Shock dll)
  2. Komen
  3. Share
  4. Stop Scroll Newsfeed pada post kita
  5. Click [See More]
  6. Scroll ruang Komen
  7. View More Comments
  8. Click comments reply
  9. Like a comment
  10. Reply to comment
  11. Click Picture to zoom
  12. Click Next Picture
  13. Download picture
  14. Play video
  15. Play video with sound
  16. Play video till end
  17. Hide post
  18. Unfollow post
  19. Unfollow user from post
  20. Save post
  21. Report post
  22. Turn on notification

Rule utama facebook mudah sahaja: semakin tinggi engagement maka semakin tinggi reach post tersebut.

Yang kita confirm tidak boleh ukur adalah: yang mana satu jenis engagement yang lebih penting berbanding yang lain?

Itu hanya facebook sahaja yang tahu.

Maka, kita harus anggap SEMUA jenis engagement adalah sama penting.

Oleh yang demikian kita sendiri harus memilih engagement jenis bagaimana yang kita mahukan daripada setiap post.

Kesilapan yang biasa kita lakukan adalah mahukan post kita yang awesome itu dapat Like,Komen DAN Share yang melimpah ruah.

Hakikatnya, ada post yang jenis mudah dapat like. Ada post yang mudah dapat share dan ada post jenis lain pula yang mudah dapat komen.

Dan setelah kita tahu ada 19 engagement yang lain pada setiap post, kita juga harus susun strategi untuk fokus pada engagement yang berbeza.

Ini kerana semua influencer fokus pada LKS, maka mereka mengikut arus. Kita kena main arus lain untuk kekal relevan.

Barulah dapat hasil yang kita sasarkan daripada awal tadi: tinggi reach!

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.