NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
3 Alat Bantu Baiki Bisnes Kita

3 Alat Bantu Baiki Bisnes Kita

Bisnes yang telah bergerak lama tetapi tidak berkembang ada masalah yang perlu dibaiki. Mereka yang baru mahu mula bisnes tetapi tersangkut tidak tahu buat apa juga ada perkara yang perlu diketahui terlebih dahulu.

3 alat inilah yang biasa digunakan untuk mengorek keluar punca masalah daripada perancangan bisnes kita.

Ya, kita boleh mengorek keluar punca masalah SEBELUM bisnes tersebut berjalan. Ini kerana alat-alat ini secara kasar mampu menjalankan simulasi ke atas angka-angka penting bisnes kita jika kita betul-betul jalankan bisnes tersebut.

Adalah lebih murah untuk kita jalankan simulasi berbanding main redah sahaja. Buat simulasi hanya perlukan pen kertas dan kalkulator. Main redah sahaja perlukan modal wang ringgit, masa dan tenaga!

Setiap alat tersebut ada kerja-kerja yang spesifik yang ia baiki iaitu:

1) Cost Per Sale (CPS)

Cost Per Sale adalah kiraan berapakah kos sebenar bagi setiap jualan yang kita buat. Ya, kita boleh dapat kiraan tersebut. Ia bukannya mitos.

CPS gunanya adalah untuk melihat dan mengenalpasti kos sebenar yang kita keluarkan setiap kali kita berjaya menjual produk/servis kita. Dengan ini, barulah kita boleh tahu adakah jualan kita itu tadi untung atau rugi.

Formula CPS secara asas mudah sahaja:

( Kos Produk + Kos Overhead + Kos Iklan ) / Unit terjual

Kiraan tersebut adalah berdasarkan kiraan bulanan. Cara nak kira CPS ada diterangkan secara terperinci dalam Video Panduan CPS. Sila dapatkan dan hadam.

Jika ada banyak Produk? Maka kirakan secara overall dahulu. Jika CPS – Harga produk lebih daripada 0 maka kita anggap cost kita telah melepasi paras rugi.

Yang kita mahu kejar: CPS < 3 Price. Atau Kos kita ialah 1/3 daripada harga jual. Dengan angka begini bisnes kita boleh berkembang dengan drastik kerana kita boleh pusing semula keuntungan tadi untuk kejar lebih ramai customer.

Ya, kejar customer, bukan fokus kejar sales!

2) Sales Funnel

Sales Funnel adalah asas sistem menjual bagi semua bisnes. Ya, SEMUA BISNES.

Tiada satu pun bisnes dalam dunia ini yang tiada sales funnel. Sales Funnel ini ibarat hukum fizik dalam dunia bisnes. Ibarat tulang belakang dunia bisnes. Tanpa Sales Funnel maka tidak akan ada bisnes.

Apa itu Sales Funnel? Secara ringkas: Sales Funnel ialah bagaimana seorang yang tidak kenal bisnes kita bertukar menjadi seorang customer. Perjalanan ramai mereka menjadi customer kita itulah Sales Funnel.

Atau Customer Path. Saya kira samalah kedua-duanya.

Jika bisnes kita atau staf tidak boleh buat jualan, maka lihat semula Sales Funnel yang mereka cuba jalankan. Pasti ada bahagian yang mereka silap buat sebab itulah sukar bagi mereka untuk Close Sales.

Setiap pelanggan kita, sebelum mereka jadi pelanggan mereka harus melalui 2 tingkat corong yang lebih atas iaitu tingkat ‘Stranger’ dan kemudian tingkat ‘Prospek’ dan akhirnya menjadi ‘Customer’.

Strangers tidak mungkin akan beli produk/servis kita. Tidak sekali-kali. Kita pun sendiri tidak mungkin beli daripada orang yang tegur kita entah dari mana tanpa sebarang konteks.

Hanya prospek yang akan beli daripada kita. Maka, kerja pertama apabila kita berjumpa dengan strangers bukanlah untuk close sales, tetapi untuk educate mereka, untuk perkenalkan mereka dengan bisnes kita.

Hanya selepas kenal dan kita kenalpasti mereka calon customer yang tepat dengan bisnes kita, barulah kita anggap mereka sebagai prospek. Barulah kita boleh cuba close sale mereka.

Sains dan seni untuk menarik dan menapis Strangers kepada Prospek itu namanya ‘Marketing’.

Sains dan seni untuk menggoda Prospek untuk membeli itu namanya ‘Sales’.

Kedua-duanya TIDAK SAMA.

Jika staf jualan kita ada masalah close sale, lihat semula ‘jiwa’ mereka. Adakah jiwa mereka itu jiwa marketing atau adakah jiwa mereka itu benar-benar jiwa sales?

Jika kita letak orang berjiwa marketing ke dalam kerja sales, maka memanglah akan timbul masalah!

Dalam Panduan Video Sales Funnel ada ditunjukkan dengan lebih terperinci tentang setiap tingkat Sales Funnel, cara membina sales funnel, dan disertakan dengan pelbagai contoh Sales Funnel mengikut case study.

Well, kedai makan pun ada Sales Funnel. Gerai Goreng Pisang pun ada Sales Funnel.

Hanya selepas kita faham Sales Funnel baru kita akan sedar Value sebenar setiap pemain dalam industri kita.

3) Follow Up Survey

Ini adalah ‘senjata’ utama banyak bisnes yang dinamik. Bisnes yang terkehadapan dalam melihat trend dan bersedia meraih keuntungan daripadanya.

Follow Up Survey secara mudahnya adalah aktiviti kita mengorek maklumat secara spesifik dan teratur daripada customer atau target market kita.

Hanya dengan mengorek maklumat secara konsisten sahaja barulah kita tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam pasaran yang kita jaga. Pasaran ibarat lautan dan bisnes kita ibarat kapal. Survey pula ibarat teropong yang membolehkan kita mengesan gelombang tsunami yang kian menghampiri posisi kapal (bisnes) kita.

Maka kita lebih mampu untuk bersedia dalam menghadapi tsunami tersebut.

Kesilapan utama bagi mereka yang baru mahu mula bisnes ialah mereka sibuk fikir tentang produk tanpa terlebih dahulu melepak dan bersembang dengan paling kurang 10 orang bakal pembeli mereka. Akibatnya, produk yang mereka cuba jual tidak ‘kena’ dengan bakal pembeli tadi.

Penat-penat keluar modal dapatkan produk rupa-rupanya pasaran tidak mahu produk tersebut. Rugi betul!

Seni ‘nak tanya apa kepada customer’ ini hanya boleh dipelajari daripada pengalaman. Makin kerap kita mengorek maklumat semakin mahir kita mengorek maklumat.

Namun begitu bagi mereka yang berpengalaman mengorek, mereka biasanya sudah sedia ada templat ‘nak tanya apa’ yang memudahkan staf mereka menggerakkan aktivi Follow Up Survey ini.

Ehem, saya sedang kumpulkan templat tersebut. Mahu? Isi nama/emel tuan-puan di sini —> Mahu Templat Follow Up Survey


Itulah dia 3 Alat yang boleh bantu kita baiki bisnes kita. CPS untuk bantu cashflow, Sales funnel untuk bantu baiki jualan dan Follow Up Survey untuk bantu kita korek maklumat pelanggan.

Dengan 3 alat tadi, kebanyakan masalah kritikal bagi bisnes yang baru bermula ataupun bisnes yang baru bertunas dan mula tumbuh laju mampu kita kesan dengan jelas dan cepat. Seterusnya, mudah untuk kita cari dan aplikasikan ubatnya.

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.