NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
5 Trik Harga Untuk Tingkatkan Sales

5 Trik Harga Untuk Tingkatkan Sales

Robert Cialdini dalam pelbagai siri perkongsian beliau melalui buku dan juga seminar tentang Psikologi Pengaruh ada menceritakan tentang topik harga yang mempengaruhi jualan.

Berikut adalah 5 petikan yang #notabisnes pernah uji untuk produk sendiri dan juga produk klien yang dibantu oleh kami:

1. Benefit Before Bucks: Beritahu Benefit Sebelum Harga

Dalam banyak kes, kita biasanya perlu bandingkan harga vs nilai produk kita agar customer nampak ianya berbaloi. Maka, yang mana satu kita perlu tunjuk dahulu, harga atau nilai?

Cialdini menjawab: tunjukkan nilai terlebih dahulu diikuti dengan harga.

Katakan kita mahu jual 30 biji durian pada harga RM 200. Yang mana satu perlu kita sebut dahulu, RM 200 atau 30 biji?

Kajian mereka menunjukkan conversion lebih tinggi untuk frasa ’30 biji durian pada harga RM 200′.

Cialdini menerangkan bahawa apabila pelanggan perlu fikir perkara yang kompleks seperti memilih produk untuk dibeli, frasa yang menerangkan benefit (30 biji) terlebih dahulu lebih berpengaruh berbanding frasa yang menerangkan harga terlebih dahulu.

Prospek lebih mudah nampak nilai yang berbaloi apabila mereka tahu benefit dahulu diikuti dengan harga.

2. Mahal Kepada Murah

Bagi mereka yang mempunyai banyak produk yang dipaparkan dalam bentuk senarai, Cialdini berkongsi bahawa susunan harga yang lebih berpengaruh dan tinggi conversion adalah daripada yang paling mahal kepada yang murah.

Contohnya, penjual kereta Perodua menunjukkan harga kereta MyVi Baru fullspec limited edition terlebih dahulu kemudian dituruti dengan yang lebih murah hingga akhir sekali adalah MyVi second hand transmisi manual tahun 2009.

Sekadar contoh.

Cialdini dan pasukannya mendapati jumlah jualan secara keseluruhan adalah lebih tinggi apabila susunannya sedemikian berbanding sebaliknya.

Mereka berpendapat bahawa harga awal yang Mahal membuatkan prospek membandingkan produk lain kepada harga produk yang pertama untuk dapatkan tawaran yang mereka rasa berbaloi.

Akibatnya, conversion prospek yang membeli jadi tinggi.

Juga menunjukkan bahawa memberi beberapa pilihan kepada prospek mampu meningkatkan conversion customer.

3. First Price Best Price: Harga Pertama Adalah Nilai Asal

Bagaimana pula jika ditambah dengan maklumat harga dikaun? Turutan mana satu lebih berpengaruh: beritahu Harga asal dahulu diikuti harga diskaun atau beritahu harga diskaun dahulu diikuti harga asal?

Ujian ringkas #notabisnes sendiri mendapati conversion adalah lebih tinggi (sehingga 50% perbezaannya) apabila kita beritahu harga asal terlebih dahulu diikuti dengan harga diskaun.

Contohnya: Kombo Notabisnes ini jika dibeli setiap ebook jumlahnya berharga RM 2450, tetapi khusus untuk kombo kali ini, harganya cuma RM 230 sahaja.

Ehem, biasa nampak bukan? 😀

Cialdini menerangkan bahawa prospek memiliki apa yang dinamakan Price Anchoring. Iaitu situasi di mana harga pertama yang mereka lihat atau dengar adalah nilai sebenar yang mereka akan dapat.

Apabila ini berlaku, kesan ‘berbaloi’ nya harga diskaun lebih terasa dan melekat secara emosional.

4. Keajaiban Angka .9

Harga yang diakhiri dengan angka sembilan didapati lebih mudah terjual berbanding angka yang lain.

Contohnya, harga RM 19.99 lebih mudah terjual berbanding harga RM 20.00, padahal bezanya cuma RM 0.01! Menurut kajian yang Cialdini jalankan, perbezaan conversion-nya boleh mencapai 32%.

Bayangkan, beza RM 0.01 membawa kepada 32% lebih banyak jualan. Ini sangat mengagumkan!

Namun, Cialdini turut berkongsi bahawa pengakhiran angka sembilan ini paling berkesan jika angka sembilan itu mengubah nilai angka yang pertama.

Contohnya: efek RM 19.99 kepada RM 20.00 adalah jauh lebih tinggi berbanding RM 18.99 kepada RM 19.99.

Ini adalah kerana prospek lebih mudah dan cepat membezakan angka yang pertama berbanding angka yang seterusnya.

Prospek nampak RM 1X.XX VS RM 2X.XX atau 1 kepada 2, jauh lebih berbaloi berbanding RM 1X.XX VS RM 1X.XX atau 1 kepada 1, yang mereka rasa macam tiada perubahan.

Kita harus pastikan angka pertama pada harga kita berubah apabila kita menggunakan taktik akhir .9 ini.

5. Musuh Ketat: Angka 0

Jika .9 di atas mampu meningkatkan jualan, angka 0 pula mampu menenggelamkan jualan. Hahaha.

Cialdini mendapati harga dengan angka kosong yang banyak jualannya tidak setinggi dengan produk yang sama tetapi harga kurang angka kosong.

Contohnya, RM 20.00 lebih susah dijual berbanding RM 19.15.

Lebih aneh lagi, mereka juga dapati RM 20.00 lebih susah dijual berbanding RM 21.12. Ya, harga yang murah lebih susah dijual!

Konteksnya adalah semua jualan ini melibatkan impulse buying. Iaitu pembeli membeli tanpa berfikir panjang.

Cialdini menerangkan bahawa angka yang banyak kosong sifatnya adalah angka genap, ianya lebih mudah dinilai berbanding angka yang tiada kosong yang lebih susah nak dikira, lalu prospek TIDAK MENGIRA.

Ya, tidak mengira membuatkan mereka membeli produk tersebut berbanding harga genap.

Kita mungkin boleh perasan bahawa kita tidak kisah sangat harga yang detail itu semasa membeli belah di pasaraya. Mungkin itulah efek harga yang Cialdini sebutkan tadi.


Itulah 5 trik harga untuk tingkatkan sales. Oleh kerana sifatnya adalah ‘trik’, maka semua perkara di atas ini bersifat ‘grey area’.

Jika tuan-puan gunakan ke arah kebaikan, ianya adalah baik. Jika tuan-puan abuse trik tersebut untuk memukau prospek membeli tanpa mereka sedar, maka ianya jadi salah.

Macam pisau. Kalau kita guna untuk memasak, kita membawa nilai yang baik. Kalau digunakan untuk mengancam atau mencederakan mangsa, maka kita membawa nilai yang tidak baik.

Pisau itu tetaplah pisau. Tidak baik dan tidak jahat.

Kita yang menentukannya.

Tingkatkan sales dengan berkat.

Kita mampu mengubahnya.

😀

Share artikel ini sekarang untuk bacaan akan datang!

Share →
——