NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
6 Komponen Bisnes Kita

6 Komponen Bisnes Kita

Secara asasnya, bisnes terdiri daripada 6 komponen. 6 komponen inilah yang memastikan bisnes kita berjalan dengan sempurna. Bisnes kita sangat sukar bergerak, apatah lagi berkembang apabila 6 komponen ini tidak lengkap atau tempang.

6 komponen tersebut adalah:

  1. Akaun (Kewangan)
  2. Jualan dan Pemasaran (Sales)
  3. Research & Development (RnD)
  4. Human Resources (HR)
  5. Distribution
  6. Production

Setiap komponen tersebut adalah komponen-komponen besar yang memayungi pelbagai bahagian bisnes kita. Kita boleh lihat, banyak bahagian bisnes kita boleh dikumpulkan bawah salah satu 6 payung ini. Mungkin sahaja ada yang boleh diletak bawah 2 atau lebih payung.

Yang pasti, kita sebagai pemilik bisnes harus sedar 6 komponen ini, dan tahu pula jika bisnes kita ada masalah, kita harus fokus pada komponen yang bermasalah sahaja.

Contohnya, kita tahu keuntungan bulan ini merudum. Apabila kita kaji dan lihat angka-angka berkaitan (ya, kita harus ada akses pada pelbagai angka-angka ini!), kita dapati ada kelainan pada angka-angka dalam komponen Sales. Maka kita boleh zoom in pada komponen sales sahaja dan melihat dengan lebih terperinci apa perkara pelik berlaku di situ.

Setelah kita zoom, kita dapati sales person kita yang hanya dua orang itu ambil cuti serentak selama seminggu, kerana pergi memancing laut dalam bersama-sama. Sekarang kita sedar bahawa sales kita terlalu bergantung pada 2 orang ini, maka kita boleh ambil langkah yang sepatutnya untuk mengelak daripada perkara ini berlaku lagi.

(Ya, saya pasti ramai yang terfikir: “Kita buat SOP, jangan beri 2 sales person tersebut cuti serentak”. Ini tidak adil. Yang paling adil adalah: 1- Tambah sales person, 2- SOP “tidak boleh tiada sales person langsung masuk kerja”. Ia jauh lebih adil, dan berbaloi).

Apa akan berlaku jika kita tiada salah satu komponen bisnes tersebut?

Bisnes kita akan berjalan tempang. Tidak boleh berlari laju a.k.a ‘berkembang’.

Jika bisnes kita tiada komponen Akaun, kita tidak mungkin dapat buat keputusan bisnes dengan tepat.

Jika bisnes kita tiada komponen Sales, kita tidak mungkin buat jualan. Tiada jualan = tiada bisnes.

Jika bisnes kita tiada komponen RnD, kita tidak mungkin menguasai market kita. Tiada kuasa = slow death.

Jika bisnes kita tiada komponen HR, kita tidak mungkin dapat menguruskan tenaga manusia syarikat kita. Tenaga kerja tidak terurus = struktur bisnes yang goyah = tidak mungkin berkembang.

Jika bisnes kita tiada komponen distribution, customer kita tidak mungkin dapat produk/servis yang dibeli. Tidak dapat produk -> customer emosi -> bisnes merudum.

Jika bisnes kita tiada komponen production, tidak mungkin kita ada produk untuk dijual. Tiada produk = tiada jualan = tiada bisnes.

Ya, komponen-komponen bisnes tersebut boleh kita kumpulkan dalam komponen ‘survival’ dan juga komponen ‘grow’.

Saya akan sentuh perkara tersebut pada post yang lain. 🙂

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.