NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Alat Bisnes VS Penggerak Bisnes

Alat Bisnes VS Penggerak Bisnes

Notabisnes banyak berkongsi tentang pelbagai topik. Dan topik yang biasa dirujuk kembali atau yang biasanya diingati adalah topik yang spesifik seperti:

Semua di atas adalah Alat Bisnes. Perkara yang memudahkan kita memahami dan mengerjakan bisnes kita dengan betul.

Jangan kita sekali-kali lupa bahawa semua alat bisnes tersebut tidak berguna jika tiada yang menggunakannya. Jika ia hanya wujud tanpa digerakkan oleh perkara utama yang perlu ada dalam setiap bisnes: mereka yang berusaha.

Sebab itulah mereka yang buat bisnes dinamakan USAHAWAN. Ini kerana bisnes tersebut perlu diusahakan. Bukannya belajar-belajar dan terus belajar pelbagai alat tetapi tidak digunakan.

Bagi tuan-puan yang sudah ada bisnes tetapi telah membaca ebook notabisnes, tuan puan sudah punya cukup maklumat untuk berkembang. Jadi, mengapa bisnes tidak berkembang? Hanya ada dua kemungkinan: tiada produk/market fit atau kita tidak cukup usaha.

Bukan lagi isu tidak tahu guna alat bisnes, tetapi isu lain yang lebih mendasar.

Bagi tuan-puan yang belum pernah menjual dan berniat mahu buat bisnes separuh masa dan juga telah hadam panduan sales funnel, tuan puan sudah punya cukup maklumat untuk mula menjual. Juallah apa produk sekalipun, asalkan sales funnel tuan-puan jelas maka pasti ada jalan untuk kita jual dengan beroleh keuntungan.

Bukan lagi isu tidak TAHU bagaimana mahu bermula, tetapi isu tidak MAHU bermula. Ada banyak alasan untuk tidak bermula, itu kita semua maklum. Tetapi, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Alat Bisnes hanyalah alat. Tidak lebih dari itu. Kita sebagai Penggerak Bisnes hendaklah berusaha buat bisnes dan gunakan alat bisnes tadi untuk menguruskan bisnes.

Bergerak dahulu, kemudian barulah guna alat. Alat tidak boleh bergerak sendiri.

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.