NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Bagaimana Cashflow Bergerak Dalam Akaun Bisnes

Bagaimana Cashflow Bergerak Dalam Akaun Bisnes

Ini kisah yang semua orang lama dalam bisnes tahu. Ini juga perangkap yang ramai orang baru dalam bisnes terkena. Apabila cashflow dah tercekik, apa pun tak boleh dah. Hanya jika kita tahu bagaimana cashflow bergerak barulah kita mampu selamat daripada tercekik.

Cashflow, bagi mereka yang pertama kali dengar perkataan ini, adalah aliran wang tunai dalam bisnes kita.

Penting di sini: TUNAI.

Hanya ‘cash’ sahaja yang dikira sebagai ‘flow’. Hutang tak mengalir. Ia tersekat pada mereka yang dapat hutang tersebut.

Jadi, secara asasnya bagaimanakah Cashflow bergerak?

Pertama sekali apabila kita buat bisnes pasti kita bermula dengan modal. Paling tidak sedikit modal duit tunai. Daripada modal tunai ini kita akan kerjakan dan tambah nilai dengan modal-modal lain (usaha, kepakaran, masa) untuk berjaya tukarkan produk tadi kepada tunai yang lebih mahal.

Modal tunai ini ibarat kolam yang airnya ialah duit. Pada fasa awal kita ambil sedikit air (tunai) dalam kolam tersebut untuk digunakan bagi menghasilkan produk untuk dijual. Dalam kes ini, lain model bisnes maka lain pula perinciannya.

Bagi bisnes jenis servis, mereka tidak keluar modal untuk buat produk tetapi tetaplah kena keluar modal untuk buat marketing untuk dapatkan pelanggan. Tetaplah air mengalir keluar daripada kolam tersebut.

Jadi, pergerakan pertama ialah daripada kolam jadi produk untuk dijual. Produk untuk dijual ini namanya ‘inventori’ dalam jargon bisnes.

kolam -> inventori

Cashflow

Setelah itu, kita akan keluarkan sedikit lagi tunai untuk buat marketing. Tanpa marketing orang tidak tahu produk kita wujud, maka mereka inventori tadi tidak akan terjual. Maka, pergerakan kedua adalah duit keluar sebagai modal marketing (atau advertising).

kolam -> marketing

Cashflow

Apabila ada pelanggan mahu membeli, kita akan ada pengurusan yang menguruskan pembelian mereka. Antara lain, pengurusan ini melibatkan pekerja, tempat berurusan (pejabat/kedai) dan pelbagai kemudahan asas (api, air, telefon, komputer) untuk berurusan. Kesemua perbelanjaan pengurusan ini juga memerlukan tunai daripada kolam tadi. Biasanya perbelanjaan ini namanya ‘overhead’ dalam jargon bisnes.

kolam -> overhead

Cashflow

Sekarang bayangkan, sebelum duit modal jadi untung lagi kita sudah keluar sangat banyak duit. Daripada kolam yang besar tadi sekarang hampir susut langsung. Tiada air. Kita sangat berharap inventori kita terjual habis lalu kolam takungan tunai kita penuh dan membesar.

inventori -> duit -> kolam

Cashflow

Inilah yang kita semua fikirkan sebagai Cashflow. Duit keluar jadi barang dan servis, kemudian barang dijual lalu duit tersebut masuk ke dalam kolam tunai semula. Namun, yang tidak ramai sedar adalah: ia ambil masa untuk menjual. Lebih-lebih lagi bagi bisnes yang baru bermula.

Paling biasa ambil masa selama 6 bulan untuk dapat rentak jual-beli yang normal. Jadi, dalam 6 bulan itu, tunai untuk marketing dan overhead sudah digunakan. Kolam tunai semakin kecil.

Jika kita lihat dengan lebih terperinci, kita boleh susun ‘kepala’ yang menerima tunai kita untuk lebih mudah lihat perbelanjaan kita:

Kolam Tunai = Inventori + Marketing + Overhead

Cashflow

Biasanya, Marketing kita akan beli pengiklanan daripada media pengiklan. Boleh jadi akhbar ataupun facebook. Mereka tetaplah pengiklan.

Biasa bagi bisnes jenis servis, inventori tidak memerlukan modal bahan yang besar tetapi lebih kepad kemahiran pekerja yang digajikan. Maka inventori boleh dimasukkan bawah overhead sekali.

Kolam Tunai = Pengiklan + Overhead

Jika kita dapat produk kita daripada supplier, maka inventori adalah kepala supplier:

Kolam Tunai = Supplier + Pengiklan + Overhead

Untuk bisnes kita buat untuk, semua tunai yang kita keluarkan haruslah lebih kecil daripada jumlah tunai jika semua inventori kita terjual. Oleh yang demikian, harapan kita selama ini adalah:

Revenue > Inventori + Marketing + Overhead

Cashflow

Revenue ini adalah jumlah jualan dalam RM yang kita dapat daripada pelanggan. Oleh itu, kita boleh bayang aliran cashflow kita mengikut kepala secara sepenuhnya adalah:

Kolam Tunai -> Suplier + Pengiklan + Overhead -> Revenue -> Kolam Tunai

 

Cashflow

Daripada gambarajah di atas, kita juga mudah untuk nampak aliran tunai yang lebih makro, iaitu Duit Keluar dan Duit Masuk.

Duit Keluar daripada Kolam Tunai ialah bayaran kepada Supplier, Pengiklan dan Overhead. Duit masuk pula adalah Revenue.

Bagaimana kita mahu tahu kepala-kepala yang mewakili duit keluar masuk dalam bisnes kita?

Hanya satu cara: rekod transaksi duit keluar atau masuk daripada kolam tunai kita – akaun bank bisnes kita.

Kerana itulah amalan meminta dan menyimpan resit sangat penting bagi bisnes yang baru bermula untuk membina disiplin mengira dan mengawal cashflow.

Harus kita ingat: bisnes membesar bukan kerana jenama tersebut popular atau kerana produk bisnes tersebut bagus, tetapi kerana pengurusan cashflow yang berdisiplin dan efektif.

Jaga cashflow, maka masa depan bisnes kita akan turut terjaga.

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.