NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Bagaimana Mengesan Pelanggan Lapar

Bagaimana Mengesan Pelanggan ‘Lapar’

Bila pelanggan ‘lapar’, kita lebih mudah untuk jual produk kepada mereka. Ini cara untuk mencari mereka.

Lihat pada petunjuk-petunjuk berikut:

1. Mereka runsing dan kusut masai memikirkan masalah mereka
2. Masalah mereka biasanya sangat spesifik
3. Mereka nampak dan berkelakuan seperti sedang terdesak
4. Mereka pernah tertipu
5. Mereka selalu bercakap tentang masalah mereka
6. Mereka sedang sakit hati menggunakan produk yang kurang berkesan

Bagaimana mahu cari petunjuk-petunjuk di atas?

TANYA!

Buka mulut dan cuba tanya soalan-soalan seperti:

1. Eh, kau nampak macam ada masalah, apa dia?
2. Apa masalah yang tetuan sangat runsing sekarang? Mari saya tolong fikirkan!
3. Apa perkara yang paling serabut akan berlaku kalau tetuan tak bertindak sekarang?

Daripada soalan-soalan seperti di atas, kita akan mula nampak kebuluran mereka setelah beberapa belas orang kita tanya. Dari situ barulah kita boleh sedar dan faham siapakah sebenarnya sasaran kita yang sedang kebulur.

Kemudian barulah kita cari produk yang sesuai dan cuba jual kepada mereka!

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.