NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Berniaga VS Berbisnes

Berniaga VS Berbisnes

Jika kita tidak dapat bezakan 2 perkara ini, apa yang kita usahakan hanya akan tambah stress. Tidak jadi hasil.

Sekejap: ada perbezaankah?

Jika dilihat dalam kamus, ataupun konteks kehidupan, kedua-dua perkataan berniaga dan berbisnes saling digunapakai. Ianya sinonim antara satu sama lain. Sama macam kes bersaing VS berlumba-lumba.

Namun dalam konteks perbincangan ini, kedua-duanya tidak sama.

Berniaga mewakili mereka yang bekerja DALAM bisnes mereka. Ini terdiri daripada kebanyakan daripada kita yang bekerja sendiri. Contohnya #HajiDell buka kedai komputer selepas beliau bersara. Beliau sahajalah pekerja dalam kedai tersebut. Maka Haji Dell dalam contoh ini adalah seorang yang berniaga.

Berbisnes pula mewakili mereka yang bekerja KE ATAS bisnes mereka. Ya, mereka melihat bisnes mereka seperti satu mesin buat duit. Tekan sahaja suis, masukkan bahan-bahan asas dan dihujung prosesnya keluarlah duit.

Orang yang berbisnes kerjanya membangunkan dan mengembangkan bisnes. Orang yang berniaga pula kerjanya adalah mencari rezeki setiap hari.

Orang yang berbisnes fokus pada MESIN buat duit. Orang berniaga fokus pada buat duit.

Namun kedua-duanya tetaplah buat duit!

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.