NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Betapa Mudahnya Buat FB Ads

Betapa Mudahnya Buat FB Ads

Berapa punya mudah nak buat FB Ads? Well, apa perkara paling mudah yang tuan/puan fikir untuk kita buat?

  1. Minum air teh o ais
  2. Menunggang Basikal
  3. Mandi

Ya, semudah semua perkara di atas.

BIAR BETUL?!

Well, sekarang memang tuan rasa minum air, berbasikal dan mandi itu perkara yang sangat mudah SEKARANG. Tetapi cuba ingat kembali semasa mula-mula kita belajar minum air.

Ok, mungkin kita tidak ingat kerana kita masih terlalu muda bayi ketika itu.

Cuba ingat kembali semasa mula-mula kita belajar menunggang basikal dahulu.

Kali pertama kita jatuh. Kali kedua kita jatuh. Kali ketiga kita cuba turun daripada bukit.

Berjaya kekal tegak, tetapi jatuh juga akhirnya.

Kita cuba lagi dan lagi. Kita jatuh lalu kita bangun lagi dan lagi.

Kemudian ada rakan kita yang tolong ajar kita. Tolong sorong basikal tersebut sambil kita berani-berani takut kayuh.

Dan akhirnya kita berjaya kayuh basikal tersebut.

Berkali-kali kita bawa basikal, sekarang berilah kita basikal apa pun kita pasti boleh menunggangnya.

Dengan mudah!

Begitulah ibarat betapa ‘mudahnya’ buat FB Ads.

Tidak, sebenarnya jauh lebih mudah! Kita takkan jatuh. Kita takkan sakit. Gagal untuk beberapa kali itu pasti. Dan akan ada rakan yang bantu tunjuk ajar langkah-demi-langkah.

Yang akhirnya kita berjaya buat FB Ads pertama kita.

Sebenar-benarnya, berikut adalah langkah-langkah untuk kita buat iklan FB Ads:

  1. Buka Akaun Facebook.
  2. Sediakan beberapa unit stok produk untuk dijual. Sikit sahaja untuk testing.
  3. Sediakan maklumat iklan dan gambar. Guna smartphone pun boleh dah.
  4. Buka Facebook Page, buat post berdasarkan iklan dan gambar tadi.
  5. Klik butang [Boost Post]. Ikut arahan yang facebook berikan.
  6. Siap!

Hanya 6 langkah. Begitulah sebenar-benarnya betapa mudah untuk kita buat FB Ads!

Jikalau masih ragu-ragu atau mahu ditunjukkan langkah-demi-langkah mahu-klik-apa-dimana, boleh dapatkan panduan yang memang #notabisnes hasilkan untuk mereka yang sebegitu: FB Ads From Zero <— klik sini.

Itu adalah panduan untuk mereka yang tahap ‘Rabun IT’. Langkah-langkah yang ditunjukkan (dalam bentuk video) adalah termasuk:

Cukuplah untuk merasa betapa mudahnya buat FB Ads ini!

Ya, buat memang mudah. Nak bagi ada ‘untung’, itu cerita lain. Itu cerita bisnes, bukan ads lagi dah. Ada banyak komponen lain yang perlu kita tahu untuk buat jadi untung.

Sila layari senarai ebook notabisnes untuk dapatkan gambaran kasar keseluruhan ‘buat untung’ ini. 🙂

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.