NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Beza Bisnes Startup Dengan Bisnes Biasa

Beza Bisnes Startup VS Bisnes Biasa

Setahun dua ini kita biasa dengar perkataan ini dalam industri keusahawanan di Malaysia: Startup. Ramai orang sebut-sebut perkataan ini, dan ramai juga yang kata ‘Aku buat bisnes startup’.

Tapi ada di antara mereka yang berkata begitu tidak benar-benar faham apakah yang dimaksudkan dengan bisnes jenis startup.

Mereka tidak bersalah. Mungkin sahaja mereka salah faham. Ini kerana terma Bisnes Startup ini juga masih terlalu baru di US, yang mana sebahagian besar usahawan di sana juga salah guna perkataan ini.

Apakah sebenarnya Bisnes Startup? Apa pula yang membezakan ia dengan bisnes seperti yang kita biasa dengar?

Bisnes Startup adalah bisnes yang dijalankan oleh pasukan yang kecil dengan tujuan untuk membina dan buat duit dengan model bisnes baru yang belum pernah wujud sebelum ini SECEPAT MUNGKIN (grow fast).

Itu definisi startup seperti yang dijelaskan oleh Bapa Startup Silicon Valley: Paul Graham.

1 jargon yang kita akan tersangkut dalam definisi di atas adalah ‘Model Bisnes’.

Inilah sebenarnya perbezaan paling besar antara startup dengan bisnes biasa.

Model Bisnes adalah susunan komponen luaran dan dalaman bisnes kita yang menghasilkan nilai yang baru dalam industri.

Ianya adalah susunan bahagian-bahagian bisnes kita yang menggunakan duit (kos) dan juga mendapatkan duit (revenue) yang susunannya itu belum pernah ada dalam industri yang kita ceburi.

Pendek kata, startup adalah tentang inovasi dalam komposisi komponen bisnes dalam satu-satu industri.

Kita buat startup apabila kita perlu bina perkara baru (inovasi) dalam industri tersebut. Sama ada inovasi tersebut dalam bentuk produk ataupun dalam bentuk struktur bisnes, ia di kira sama sahaja.

Itulah startup.

Jadi, jangan kita sebut kita sedang bangunkan startup, padahal apa yang kita sebenarnya sedang buat adalah meniru bulat-bulat perkara yang orang lain sudah buat atau sedang buat. Tiada inovasi baru di situ.

Apa beza bisnes startup dengan bisnes biasa?

Bisnes biasa fokus pada buat duit dan membesar. Bisnes startup fokus pada wujudkan inovasi dalam model bisnes yang akhirnya akan mampu buat duit. Mereka perlu pastikan kos (CPS – Cost Per Sale) yang dikeluarkan lebih rendah daripada harga dijual. Barulah buat duit.

Bisnes startup fokus pada perkara negatif infiniti kepada 0. Manakalah bisnes biasa fokus pada perkara 0 hingga perkara infiniti. Mereka bekerja tanpa kira kos.

Sebab itulah bisnes startup sangat-sangat bakar duit modal sehingga memaksa ‘founder’ startup tadi keluar mencari pelabur-pelabur besar. Ia perlu guna duit untuk jalankan Research & Development sehingga wujudnya model bisnes baru yang mampu buat duit (negative to 0). Hanya setelah itu barulah ia boleh menghasilkan duit (0 to 1) dan berkembang menguasai pasaran (1 to more).

Kerana hanya dengan inovasi sahaja barulah bisnes tersebut ada peluang untuk menguasai majoriti pasaran yang dipegang oleh pesaing gergasi.

Hanya apabila kita faham fungsi Startup yang sebenar dan juga letak duduk bentuk bisnes yang biasa kita lihat, barulah kita betul-betul mampu menggunakan setiap bentuk bisnes tadi dengan betul.

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.