NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Cara Betul Bekerja Sendiri Agar Bisnes Berkembang

Cara Betul Bekerja Sendiri Agar Bisnes Berkembang

Ada dua cara iaitu 1) Memahami Bisnes Kita Sebagai Satu Sistem dan 2) Membina Pasukan Tonggak.

Berikut adalah penerangan bagi dua cara ini:

1) Memahami Bisnes Kita Sebagai Satu Sistem

Ya, bekerja sendiri juga ada caranya agar bisnes kita berkembang. Mungkin perkembangannya tidak sepesat bisnes yang memang dibina untuk berkembang, tetapi masihlah ia akan berkembang.

Perkembangan bisnes bergantung kepada definisi ‘berkembang’ kita.

Apa bahagian tentang bisnes yang kita mahu kembangkan?

Semestinya pulangan dan keuntungan.

Maka untuk mengembangkan pulangan, kita harus tahu terlebih dahulu sistem bisnes kita sepertimana kita tahu remote TV kita. Kita tahu apabila kita tekan butang remote TV, apa yang akan berlaku secara spesifik. Kita mengawal TV dengan mengawal remote.

Kita juga harus tahu mengawal bisnes kita sehingga ke tahap itu.

Cara untuk memahami bisnes kita sebagai sistem tidak juga sukar.

Pertama, kita perlu pecahkan setiap peringkat gerak kerja kita kepada siri langkah-demi-langkah yang kecil dan mudah difahami. Contohnya, “Mendapatkan Pelanggan” adalah salah. “Buka Yellow Pages -> Cari Nombor Telefon Syarikat -> Telefon dan minta tanyakan Bos” adalah betul. Ia cukup kecil dan mudah difahami.

Kedua, Kita cuma perlu tahu bagaimana untuk tanya soalan YANG BETUL jika ada masalah. Biasanya, jawapan untuk soalan tersebut memang jelas ada depan mata.

Contohnya, apabila kita telefon nombor daripada yellow pages, selalu tidak dapat sampai kepada Boss. Jangan tanya “macamana nak paksa mereka serahkan telefon kepada bos?”. Itu bukan soalan yang betul. Tetapi tanya “Apa yang kalau aku tanya dalam telefon, mesti mereka pass-kan kepada bos?”.

Ya, automatik otak kita terbit dengan bermacam-macam idea.

Itulah kemahiran utama yang harus ada pada kita yang bekerja sendiri untuk menjadi seorang yang ‘resourcefull’.

Bertanya soalan yang betul adalah kemahiran yang perlu diasah dan dilatih. Barulah ia menjadi salah satu senjata yang hebat dalam mengembangkan bisnes kita.

2) Membina Pasukan Tonggak

Tiada satu bisnes pun yang berkembang hanya dengan tenaga satu orang. Malah, kekal dengan satu orang sahaja, iaitu kita, dalam bisnes adalah sangat ironi bagi bisnes yang mahu berkembang.

Mengapa? Kerana salah satu definisi bisnes yang berkembang adalah perkembangan pada tenaga kerja.

Semakin ramai ahli pasukan kita semakin berkembang bisnes kita!

Maka membina pasukan kita, khususnya pasukan tonggak (core team) amat penting dalam memastikan bisnes kita berkembang pesat.

Ahli pasukan kita seharusnya meliputi aspek-aspek penting dalam membina syarikat. Antara lain, yang sangat penting pada setiap bisnes adalah akauntan, sales dan production.

Mengapa setiap satu mereka itu penting?

Akauntan, tugasnya pada peringkat awal ada 2 iaitu 1) Mengutip hutang daripada pelanggan dan 2) menyusun strategi kewangan syarikat.

Sales, tugasnya untuk 1) Membangunkan database customer bisnes kita dan 2) Menjual produk/servis bisnes kita.

Production pula fokus pada menghasilkan produk atau servis yang kita jual.

Pada permulaan, semua tugas-tugas di atas kita yang lakukan. Memang penat namun ianya penting untuk kita tahu selok belok setiap bidang tersebut. Ini semata-mata demi memahami bisnes kita sebagai sebuah sistem.

Apabila kita sudah faham bidang tersebut, lebih mudah untuk kita mengawal selia kualiti hasil kerja ahli pasukan kita kelak.

Malah, kita juga jadi mudah untuk mengenalpasti bakat-bakat yang boleh kita jadikan ahli pasukan tonggak kita.


Ya, ini cara yang betul antara banyak lagi cara lain yang juga betul.

Tidak kita apa cara sekalipun yang kita guna, yang penting adalah bisnes kita harus kita kerjakan sehingga ia berkembang. Agar satu masa nanti kita boleh keluar daripada sistem bisnes kita tadi, dan biarkan pasukan tonggak kita yang menguruskannya.

Kita boleh mulakan bisnes yang lain pula. 🙂

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.