NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Cara Halal Curi Copywriting Orang Lain

Cara Halal Curi Copywriting Orang Lain

“Good artist copy, great artist steal (ideas)” – Steve Jobs

Tidak salah sebenarnya untuk kita tiru copywriting orang lain. Yang salah adalah ‘copy & paste’ kemudian tukar maklumat. Itu salah. Bagi orang islam, itu juga sudah jatuh berdosa. Jika digunakan untuk mencari rezeki, maka boleh jadi rezeki tersebut jatuh hukumnya haram.

Well, bab-bab hukum ni saya bukan pakar. Rujuklah pada mereka yang lebih alim (berilmu) dan arif (pakar).

Ya memang ada cara yang betul untuk kita ‘tiru’ tulisan orang lain. Tapi bukan bukan seluruh karya tersebut kita boleh tiru. Itu sudah jadi copy & paste.

Yang boleh ditiru adalah ‘idea’ karya/copywriting tersebut. Jadi, cara yang halal untuk kita tiru copywriting orang adalah dengan 2 langkah besar berikut:

1) Ekstrak keluar idea copywriting tersebut
2) Tulis semula idea tersebut menggunakan maklumat dan bahasa kita sendiri

Ya, itu sahaja. Namun, tanpa kemahiran yang diasah tajam memang sukar bagi kita buat 2 perkara di atas. Menulis itu satu kemahiran. Lama diasah semakin tajam. Lama dilatih semakin mahir.

Cara paling mudah untuk kita ekstrak keluar idea copywriting adalah dengan membaca setiap perenggan dan meneka apakah soalan customer yang ia cuba jawab. Lihat contoh berikut yang saya petik daripada rujukan copywriting saya, tuan Aqif Azizan (saya memang banyak ‘rip off’ copywriting beliau. hahaha!):

Maklumat ini ditulis khas untuk: Peniaga di Facebook yang mahu dapatkan ramai pelanggan.

Perenggan ini adalah khusus untuk menjawab soalan “Betulkah benda ini untuk aku?” daripada pelanggan.

Belanja saya RM40 sahaja, dan saya akan bagi anda 4 skrip jualan (dan 10 bonus skrip jualan untuk 10 bisnes berbeza) yang boleh bantu anda dapat pelanggan di Facebook.

Perenggan ini pula untuk menjawab “Apa yang aku akan dapat daripada benda ni?”.

… Jika anda gunakan skrip ini selama 60 hari berturut-turut dan langsung tak bagi kesan yang positif, hubungi kami dan anda akan dapat 100% duit anda semula.

Perenggan ini untuk jawab soalan “Ah, aku tak percayalah. Biar betul?”

“Iklan yang saya buat guna skrip ini membantu mendapatkan 20 private message (PM) daripada pelanggan di Facebook.” – Hafiz Saari.

Manakala perenggan ini untuk jawab soalan “Seriously berkesankah benda ni untuk aku?”

Ya, jika kita kumpulkan semua soalan-soalan tadi, kita akan dapat satu senarai soalan yang panjang seperti berikut:

1. Betulkah benda ini untuk aku?
2. Apa yang aku akan dapat daripada benda ni?
3. Ah, aku tak percayalah. Biar betul?
4. Seriously berkesankah benda ni untuk aku?

Itulah idea kasar dalam copywriting di atas. Maka, kerja kita seterusnya adalah menulis semula jawapan kepada soalan tersebut berdasarkan maklumat produk kita dan juga menggunakan bahasa kita sendiri.

Contoh di bawah adalah untuk mereka yang nak jual tudung secara online:

1. Betulkah benda ini untuk aku?
Kepada cikpuan yang pening kepala memilih tudung untuk ke pejabat, ini ada solusinya:

2. Apa yang aku akan dapat daripada benda ni?
14 variasi tudung bawal, 7 variasi shawl dan 8 warna tudung syria yang kesemuanya mudah dipadankan dengan semua kombinasi stail dan warna baju. Pilih sahaja mana satu dan terus pakai. Confirm cantik!

3. Ah, aku tak percayalah. Biar betul?
Dijamin setel masalah. Jika tidak, hubungi kami dan kita boleh beri sesi konsultasi percuma sehingga setel masalah

4. Seriously berkesankah benda ni untuk aku?
“Dulu saya mesti lambat pergi kerja kerana menunggu isteri bersiap. Dengan pakej tudung mixmatch ini, isteri saya siap lebih cepat dari saya!” – Pak Jabit, Pegawai Tinggi jabatan kerajaan

Setelah siap, kita susun jawapannya sahaja:

Kepada cikpuan yang pening kepala memilih tudung untuk ke pejabat, ini ada solusinya:

14 variasi tudung bawal, 7 variasi shawl dan 8 warna tudung syria yang kesemuanya mudah dipadankan dengan semua kombinasi stail dan warna baju. Pilih sahaja mana satu dan terus pakai. Confirm cantik!

Dijamin setel masalah. Jika tidak, hubungi kami dan kita boleh beri sesi konsultasi percuma sehingga setel masalah

“Dulu saya mesti lambat pergi kerja kerana menunggu isteri bersiap. Dengan pakej tudung mixmatch ini, isteri saya siap lebih cepat dari saya!” – Pak Jabit, Pegawai Tinggi jabatan kerajaan

Ha, kan dah cakap, senang sahaja! Berapa punya senang? Di atas itu adalah hasil selama 5 minit sahaja menulis. Ada 2 faktor jadi cepat: 1) Saya sudah mahir teknik ini dan 2) Ini memang teknik paling cepat.

Jadi, sekarang tiada lagi alasan untuk kita copy paste copywriting orang lain. Kalau masih copypaste memang wajib dikecam.

Oleh itu, mohon rakan-rakan share post ini agar ramai yang dapat manfaat dan terlepas dari dikecam kemudian hari.

😀

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.