NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Cara Kaya Tanpa Perlu Jadi Bertuah

Cara Kaya Tanpa Perlu Jadi Bertuah

Berasal daripada bebenang oleh Naval Ravikant di Twitter bertajuk “How to Get Rich (without getting lucky)”. Kredit sepenuhnya kepada beliau. Saya cuma terjemahkan dalam bahasa ‘notabisnes’ agar mudah kita ramai-ramai dapat manfaat.

Naval Rich Twitter Thread

 

Kenapa saya buat semua ini? Kerana tulisan beliau tentang Kaya dan Kekayaan ini sangat tepat dan tuntas. Terbaik!

Mari layan:

Kejar kaya, bukan duit ataupun darjat (status). Kaya bermaksud: memiliki aset yang bawa pendapatan kepada kita walaupun kita sedang nyenyak tidur. Duit pula adalah cara kita pindahkan masa dan kekayaan tadi. Darjat adalah kedudukan kita dalam masyarakat sosial.

Kena faham bahawa ada cara jadi kaya dengan beretika. Kalau kita benci ‘kaya’ (sebab anggap hanya boleh jadi kaya dengan cara keji), walaupun kita benci secara rahsia di lubuk hati paling dalam, kekayaan akan elak daripada bertemu kita.

Abaikan mereka yang sibuk dengan permainan darjat. Mereka rasa mereka makin berdarjat tinggi dengan menempelak orang lain yang sedang sibuk berusaha jadi kaya.

Kita tidak mungkin jadi kaya dengan menyewakan masa kita. Kita beri masa -> kita dapat duit. Kita MESTI dapatkan ekuiti – sebahagian pemilikan bisnes – untuk mencapai kebebasan kewangan (kaya).

Kita akan jadi kaya apabila kita beri apa yang masyarakat mahu, yang mereka masih tak tahu cara nak dapatkannya. Dan kita beri dengan sebanyak-banyaknya (tentulah bukan beri percuma).

Pilih industri yang kita boleh usahakan secara jangka masa panjang DENGAN mereka yang ada mindset jangka panjang juga. Ini penting.

Internet telah membuka ruang dan peluang untuk kita bina karier. Ramai orang masih belum sedar perkara ini.

Buat perkara yang berulang (compounding). Segala yang kita dapat dalam hidup ini, tidak kira sama ada ia kekayaan, kawan, keluarga, atau ilmu dan kemahiran, semuanya terhasil daripada ‘compound interest’.

Pilih partner bisnes yang bijak, bertenaga, dan paling penting sekali: berintegriti.

Jangan ber-partner dengan mereka yang sinis, pesimis dan berfikiran mundur. Kepercayaan dan pandangan mereka memang akan jadi kenyataan. Biar ia jadi kenyataan pada mereka dan orang sekeliling mereka. Bukan kita.

Belajar cara untuk menjual. Belajar kemahiran menghasilkan sesuatu. Jika kita boleh lakukan kedua-duanya, kita akan menguasai kehidupan kita.

Mahirkan diri kita dengan Ilmu spesifik, tanggungjawab dan leverage.

Ilmu spesifik ialah ilmu yang kita tak mungkin boleh diajar. Jika ia boleh diajar, orang lain akan diajar dan mereka akan gantikan kita. Sebab itu kita perlu ilmu spesifik: supaya kita sukar diganti.

Ilmu spesifik ni kita akan dapat apabila kita kejar perkara yang kita betul-betul ingin tahu dan suka. Bukannya benda yang tengah hot.

Membangunkan ilmu spesifik ini kita akan rasa seronok, macam tengah main game yang paling syok, tapi orang lain akan nampak macam kita buat kerja berat dan penat.

Kalaupun ilmu spesifik ini diajar, ia diajar melalui mentor-mentee/apprentice, bukan sekolah atau seminar.

Ilmu spesifik biasanya sangat teknikal atau/dan sangat kreatif. Ia tidak dapat di-outsource atau di-mesin-kan.

Terima tanggungjawab sepenuhnya, dan terima risiko bisnes atas nama kita sendiri. Masyarakat akan anugerahkan kita dengan tanggungjawab yang lebih besar, ekuiti dan juga leverage.

Orang yang paling bertanggungjawab memiliki jenama yang tunggal, umum, dan berisiko (dikecam): Oprah, Trump, Elon Musk (Puan Ainon, Dr Mahathir).

“Berikan aku kayu tuil yang cukup panjang, dan tempat untuk berdiri, dan aku akan gerakkan bumi ini.” – Archimedes

Kekayaan yang melimpah-ruah memerlukan leverage. Leverage bisnes datang dalam bentuk modal, orang (network) dan produk yang tiada kos untuk dihasilkan semula (hint: kod programming dan juga media).

Modal maksudnya duit. Untuk kumpul duit modal, gunakan ilmu spesifik dengan penuh tanggungjawab dan tunjukkan kita mampu buat keputusan yang bagus dan bertindak lebih bagus.

“Tenaga Kerja” maksudnya orang lain kerjakan sesuatu untuk kita. Ia adalah leverage yang paling tua dan paling dikejar. Leverage tenaga kerja ini akan buat ibu-bapa kita bangga dengan kita, tapi kita tak perlu sibuk sangat nak kejar perkara ini.

Modal dan Tenaga Kerja adalah leverage yang perlukan izin orang lain. Semua orang kejar modal tetapi seseorang perlu berikan ia. Semua orang cuba jadi ketua, tapi seseorang perlu jadi pengikut.

Kod (programming) dan media (content) adalah leverage yang tidak perlu izin orang lain. Ia adalah leverage di sebalik orang kaya muda zaman ini. Kita boleh bangunkan software dan media yang kekal bekerja dan hasilkan duit untuk kita walaupun kita sedang tidur.

Satu platun robot (komputer/server) sudah tersedia untuk kita – cuma mereka disimpan di data center demi penggunaan tenaga dan ruang yang lebih efisien. Gunakan ia sepenuhnya.

Jika kita tidak mampu buat coding, tulislah buku, tulislah blog, rakam video atau podcast (Hasilkan content)

Leverage adalah daya pengganda kepada kemahiran buat keputusan yang kita miliki.

Kemahiran buat keputusan perlukan pengalaman. Tetapi ia boleh dipelajari dengan pantas dengan kemahiran-kemahiran mendasar (foundational skills).

Sebenarnya, tidak wujud perkara yang dikatakan “kemahiran bisnes”. Abaikan majalah bisnes dan kelas-kelas bisnes.

Belajarlah mikroekonomi, game theory, psychology, daya pengaruh, etika, matematik dan juga komputer (internet)

Membaca adalah lebih laju daripada mendengar. Melakukan sesuatu adalah lebih laju (kita belajar) daripada menonton.

Kita seharusnya terlalu sibuk bekerja sehingga tiada masa senggang hatta untuk bancuh kopi. Tetapi dalam masa yang sama jadual kerja kita tetap tersusun kemas dan tiada kerja yang tidak siap sehingga dibawa ke depan.

Tentukan harga servis (per-jam) yang kita ingin sasarkan. Apabila ditanya ‘berapa harga servis?’ cuba letak harga kita itu tadi. Jika ada masalah yang perlukan masa kita, tetapi hasilnya nanti kurang daripada harga yang kita tentukan tadi, abaikan ia. Kita kita boleh outsource tugas kita dan harganya lebih rendah daripada harga kita tadi, outsource tugas tersebut.

Kerja sekeras mungkin, sepenat mungkin. Walaupun kita sedar bahawa dengan siapa kita bekerja dan kerja apa yang kita usahakan itu lebih penting daripada berapa punya keras kita punya usaha.

Jadi yang ‘terbaik dalam dunia’ tentang perkara yang kita kerjakan. Teruskan usaha mentakrifkan (memberi makna) kerja kita sampai orang lain bayar kita pada harga ‘yang terbaik dalam dunia’

Tak wujud skim cepat kaya. Itu cuma upline cepat kaya atas duit kita.

Kerjakan ilmu spesifik, dengan leverage dan satu hari nanti kita akan dapat apa yang kita selayaknya dapat.

Apabila kita akhirnya jadi kaya, kita akan sedar bahawa itu bukanlah perkara yang kita cari sebenarnya. Lain hari kita sembang pasal benda sebenar yang kita cari tu.

Share artikel ini sekarang untuk bacaan akan datang!

Share →
——