NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Cara Mengukur Tahap Berbaloi Kempen Kita Dengan Tepat

Cara Mengukur Tahap Berbaloi Kempen Kita Dengan Tepat

Perkara paling kritikal apabila kita melakukan teknik Split Testing ada dua, iaitu: 1) Menentukan respons yang sesuai dan 2) Cara Mengukur variasi manakah yang berbaloi.

Menentukan respons lebih mudah berbanding perkara kedua. Kerana paling asas kita boleh rekodkan melalui pelbagai cara yang ada. Namun perkara kedua kita masih kurang jelas. Kali ini kita akan lihat perkara kedua dengan lebih mendalam.

Bagi menentukan variasi manakah yang berbaloi dalam ujian split testing kita, kita perlu ada satu kayu ukur yang mampu membandingkan hasil variasi-variasi tadi dengan jelas dan tepat.

Ya, itu yang penting: jelas dan TEPAT.

Bahaya apabila kita salah ukur adalah apabila kita melakukan kempen secara besar-besaran, ia akan bertukar menjadi kempen mimpi ngeri. Duit habis terbakar tetapi hasil jualan tidak seberapa.

Cara paling jelas dan tepat dalam mengukur setiap kempen iklan kita adalah dengan mengukur nilai CLV, iaitu Customer Lifetime Value. Ia juga dikenali dengan akronim LTV (lifetime value).

Apakah itu CLV? Secara ringkasnya, CLV adalah purata jumlah RM yang pelanggan kita beri pada bisnes kita sepanjang hayat mereka bersama kita.

ingat ya, RM sepanjang HAYAT.

Contohnya, kita ada 10 orang customer yang telah bersama kita selama 2 tahun. Selepas 2 tahun mereka tidak beli lagi apa-apa produk kita walaupun kita telah hantar sms offer tawaran meleleh. Maka, kita ambil nilai 2 tahun sebagai jangka hayat customer kita.

Apabila kita lihat rekod belian mereka, kita dapati purata belian 10 orang customer tersebut dalam masa 2 tahun adalah RM750. Maka, ini bermaksud, sepanjang hayat customer kita itu tadi, mereka akan membelanjakan RM750 ke atas produk-produk kita.

Ya, mungkin bukan satu produk, mungkin bukan 2 kali beli, tetapi banyak produk dan banyak kali mereka beli!

Ini bermaksud, sekali mereka beli produk dengan kita, maka customer kita tadi akan terus membeli sehinggalah mencecah 2 tahun atau RM750.

RM750 itulah nilai CLV kita. Seorang customer boleh beli produk kita sebanyak RM750 dalam jangkamasa 2 tahun. Ini adalah maklumat PALING bernilai pada mana-mana bisnes.

Mengapa?

Dengan mengetahui nilai CLV, maka kita tidak takut lagi keluar sejumlah wang yang besar untuk beli iklan. Contoh di sini, kita ambil 10% daripada CLV sebagai kos mendapatkan customer (Customer Acquisition Cost: CAC), maka kos kempen iklan kita khusus untuk mendapatkan customer baru harus dalam lingkungan 10% x RM750 = RM75.

Kita boleh belanjakan RM75 untuk setiap pelanggan baru daripada iklan kita.

Nombor RM75 ini penting untuk kita kirakan tahap berbaloi kempen iklan kita. Contohnya kita menggunakan platform FB untuk mendapatkan customer baru. Ikuti kira-kira berikut:

Daripada data kempen iklan yang telah kita split test, kita tahu bahawa bagi setiap 1000 pengguna FB yang klik iklan kita (click), 20 daripadanya akan jadi customer kita. Kita juga tahu kos iklan FB bagi 1000 klik adalah RM100 sebagai contoh.

Maka nilai RM bagi mendapatkan seorang customer MELALUI kempen iklan FB itu adalah: RM100/20 = RM5.

Ya, kita hanya mengeluarkan RM5 bagi mendapatkan seorang customer melalui kempen iklan FB kita tadi! RM5 itulah nilai CAC bagi kempen FB itu.

PENTING: Lain kempen iklan lain nilai CAC. Kita harus ada rekod nilai CAC bagi setiap kempen dan setiap iklan!

RM5 itu jauh lebih rendah daripada bajet CAC kita sebelum ini iaitu RM75. Maka kita putuskan kempen tersebut adalah kempen yang berbaloi!

Ya, Cara mengukur tahap berbaloi kempen kita dengan tepat adalah dengan mengira nilai CAC setiap kempen kita. Asalkan ianya lebih rendah daripada bajet CAC kita, iaitu 10% daripada nilai CLV, maka ianya dikira berbaloi untuk diteruskan.

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.