NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Cari Idea Nak Jual Apa

Cari Idea Nak Jual Apa

Memang nak mula berniaga tetapi langsung tiada idea mahu jual apa?

Pertama sekali nak pesan: ini perkara paling bahaya! Jangan kita ikut-ikut orang. Mereka berniaga lalu kita pun mahu berniaga. Bahaya kerana dunia menjual ini, rugi itu dah pasti. Setiap penjuru encik Rugi dah menanti.

Kalau dapat dijual pun, belum tentu untung!

Jangan juga kita berniaga berpunca daripada 2 perkara ini: 1) Ada duit sekelepuk dan 2) Terdesak nak pakai duit.

Berniaga takkan beri pulangan dan jalan keluar kepada 2 perkara di atas.

Ok, jom kita teruskan topik utama kita: Cari Idea Nak Jual Apa.

Perkara cari idea ini sepatutnya tidaklah perlu dikongsikan. Sebab rasanya ramai yang memang sudah sedia ada idea mahu jual apa. Sebab itulah tuan/puan sedang baca perkongsian ini, kan?

Namun, akan sampai masanya kita perlu cari idea baru. Mungkin kerana produk/servis sebelum ini telah berjaya dijual dan telah kita bina bisnes disekelilingnya untuk menjalankan aktiviti jualan tersebut. Pendek kata, kita sudah ada sumber wang, masa dan tenaga untuk mula projek baru.

Alhamdulillah.

Tetapi yang biasanya adalah kerana idea produk/servis yang kita cuba jual sebelum ini tidak berjaya. Most likely would be this criterion.

Jadi, mana mau cari idea lain?

Ada 3 sumber idea yang boleh kita gunakan untuk cari idea:

1) Pasar borong

Ambil sedikit masa dan pergilah melepak di pasar borong berdekatan. Apa-apa pasar borong pun boleh dah. Pasar borong selayang untuk tuan yang minat nak jadi trader barang basah. Pasar borong GM Klang untuk produk jenis import dari cina. Pasar borong Kenanga Wholesale untuk produk fesyen kelas awal-pertengahan.

Lihat pelbagai jenis produk yang dijual. Lihat juga aktiviti jual beli yang sedang berlangsung. Perhatikan pula harga dan juga variasi produk.

Jika ada yang kita minat untuk jual, tanyakan tentang harga. Jika mahu nampak ‘legit’, tanyakan senarai MOQ – berapa harga pada berapa unit belian pukal. Baru nampak seperti trader sejati. Minta izin untuk ambil gambar produk yang kita minat nak jual. Berguna pada fasa ‘test idea’ nanti.

Fokus pada mencari idea sahaja pada fasa ini. Elakkan jatuh cinta pada satu idea dan terus beli 1 kontena produk tersebut. Kerja gila.

Dapatkan paling kurang 10 idea produk yang ingin kita jual. Barulah berbaloi. Lebih banyak lebih bagus.

2) Pasar online

Alternatif kepada pergi secara fizikal ke pasar borong adalah pusing-pusing di pasar online. Sekarang kita sudah mudah dapat maklumat produk yang boleh kita jual melalui online sahaja.

Antara laman web yang bagus untuk kita survey market kita:

Ada seninya untuk survey produk yang boleh dijual mengikut setiap website tersebut. Saya janji akan tulis lebih terperinci untuk setiap laman web itu nanti.

Sama juga pada point pertama di atas: fokus pada dapatkan paling kurang 10 idea produk yang ingin kita jual. Simpan maklumat penting: link produk, gambar, harga. Mudah untuk kita test idea kita nanti.

3) Sembang-Luahan-Hati Komuniti

Jika 2 cara di atas adalah lebih kepada kita cari produk, cara ini pula lebih kepada kita cari masalah. Bukan ‘cari pasal’, tetapi cari dan sahkan apa masalah target market kita.

Semua masalah orang lain adalah satu ruang untuk kita buat duit. Problem = Money.

(Kalau masalah kita sendiri = duit orang lainlah. kakaka!)

Yang penting di sini adalah pastikan masalah yang mereka kongsikan itu benar-benar masalah yang sejati. Kebiasaanya, masalah yang dikongsikan berkisar kepada emosi dan peribadi sahaja. Bukan masalah yang boleh diselesaikan melaui produk dan juga servis.

Well, secara teorinya membeli-belah itu sendiri satu terapi kepada emosi. Tetapi itu dah advanced sangat. Kita fokus pada perkara mudah sahaja dahulu.

Di mana kita boleh dapatkan semua luahan hati komuniti ini?

Well, ada 1 sumber besar yang paling mudah: Google.

Daripada google biasanya ia akan bawa kepada 2 sumber sekunder: Facebook Group dan Forum Online.

Kadang-kadang keluar Blog.

Join sahaja mana-mana group yang besar dan ramai penggunanya.

Join group yang ‘genuine’. Bukan group iklan mahupun group mintak like. Itu 2 jenis group yang tidak berguna untuk kita korek luahan-hati komuniti. Mungkin berguna untuk kita tahu orang lain jual produk apa. Mungkin ….

Skrol dan baca semua perbincangan di situ. Bila cukup banyak kita baca, kita boleh dapat gambaran apakah masalah yang umum kepada mereka. Dari situ kita boleh fikir apakah produk yang boleh dijual kepada ‘orang macam mereka’.

Ya, penting juga kita senaraikan ciri-ciri ‘orang macam mereka’ itu. Daripada ciri-ciri inilah baru kita boleh test idea kita pada fasa seterusnya:

“Test Idea Dengan Mudah dan Murah”

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.