NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Content Marketing Bukan Untuk Semua Orang

Content Marketing Bukan Untuk Semua Orang

Bukan semua bisnes perlu guna content marketing. Malah, bukan semua ‘orang’ mampu dan bagus menggunakan teknik content untuk menjalankan aktiviti marketing.

Walaupun content marketing adalah antara teknik marketing yang murah, mudah dan berkesan, namun bukan semua orang boleh buat content marketing.

Siapakah orang-orang itu?

Tiada Bakat

Pertama: orang yang tiada bakat bercerita. Ini spesis manusia yang jika dia buka mulut sahaja pun orang sekitar sudah pandang seperti mahu mengkuburkan beliau.

Ya, memang ada orang sebegini. Mereka tidak dilahirkan dengan abiliti bercerita seperti manusia normal. Apabila beliau bercerita, ceritanya tunggang langgang dan pendengar tidak faham isi butir cerita tadi.

Orang sebegini memang kena masuk kelas khas untuk ‘membetulkan’ teknik bercerita beliau. Tidak boleh terus-terus cuba buat content marketing.

Contoh orang sebegini adalah Amir Raja Lawak. (I Am Sorry! [pun intended], tapi itulah perasaan saya bila dengar lawak beliau. Menyampah betul. Hahaha.)

Istimewanya: ada minoriti dari golongan ini yang jatuh kelas istimewa. Orang suka nak lihat mereka bercerita kerana cerita mereka ‘clumsy’ lalu jadi kelakar dan orang terhibur. Pendengar suka dengar mereka ini bercerita bukan kerana ceritanya, tetapi gelagat mereka bercerita sangat menghiburkan.

Tidak kira apa yang cuba disampaikan, pendengar akhirnya tetap akan tertawa. Maka orang begini bermasalah untuk menyusun pengisiannya agar sampai kepada pendengar.

Walaupun mereka cuba menyampaikan perkara yang serius, orang tetap ketawa.

Walaupun mereka cuba ‘menyanyi’, orang bukannya kagum atau teruja, tetapi ketawa. Contoh orang begini adalah William Hung American Idol. Ingat lagi dengan lelaki cina amerika ‘She Bang’? 😀

Itulah golongan yang pertama.

Penjual Tegar

Golongan kedua adalah orang yang mahu menjual sesuatu. Atau lebih tepat lagi mereka hanya ‘jual-jual-jual’ dan langsung tiada ‘cerita’.

Inilah golongan yang paling ramai di facebook ini sekarang. Asal status mereka lalu di newsfeed sahaja kita sudah boleh teka: samada ucapan salam dan selamat pagi atau gambar produk mereka yang kita tidak minat nak tahu lebih lanjut.

Lebih parah apabila mereka ini keluar status mengugut mahu ‘unfriend’ kepada audience yang tidak like/komen/share.

Akibatnya audience tersebut yang tolong unfriend-kan diri mereka sendiri.

Jika golongan pengugut ini ingin buat content marketing, perkara pertama yang perlu diubah adalah mindset mereka bahawa audiens perlu dihormati. Bukan diugut seperti budak sekolah.

Budak sekolah pun tahu melawan!

“Fact Nerd”

Golongan ketiga adalah orang yang tidak tahu mahu kata apa. ini adalah spesies orang yang hanya tahu menyampaikan fakta tanpa huraian. orang seperti ini kita panggil dia sebagai “facts nerd”. Ataupun ‘encik kopi-pasta’.

Fakta yang disampaikan adalah benar dan mungkin membantu menambah ilmu pengetahuan tetapi tidak dapat menarik minat pelanggan untuk membeli produk mereka.

Jaga-jaga kerana orang seperti ini juga mampu membuatkan produk mereka sendiri dibenci orang kerana tidak tahu menambah nilai pada produk yang dijual.

Pendek kata, perhatian audiens kita di social media adalah perkara yang paling berharga. 1 minit masa mereka baca content kita amat bernilai. Maka kita haruslah hormati dan ‘bayar’ perhatian mereka dengan content yang buat mereka ‘kenyang’ dan gembira.

Seterusnya, soalan yang menarik yang pasti berlegar-legar dalam fikira kita adalah: Siapakah yang paling bagus buat content marketing?

Ada 3 ciri dan kriteria orang yang bagus guna content marketing. Bagus di sini bermaksud mereka MUDAH untuk hasilkan content dan content yang mereka hasilkan rata-rata BERNILAI dan MAHAL.

Mahir Bercerita

Yang pertama adalah mereka yang mempunyai bakat bercerita. Bakat dalam konteks ini adalah lebih kepada ‘mahir’. Mereka ini mahir bercerita. Berilah topik apa sekalipun, mereka mampu menghasilkan cerita yang buat kita tidak berhenti membaca.

Walaupun topik sebosan ‘A = Ayam, B = Bola’, mereka ini tetap mampu bawa kita mendalami cerita mereka. Contohnya orang yang mahir bercerita adalah Khairul Hakimin, Irfan Jani dan Zamri Mohamad. Yang paling saya gemar adalah tulisan tuan Zamri Mohamad.

Beliau boleh pusing kisah anak beliau jatuh semasa bermain jadi satu kisah yang penuh air mata, yang akhirnya dipusing kepada Call To Action untuk sertai bengkel penulisan beliau.

Simply Awesome!

Kemahiran Bernilai

Yang kedua adalah mereka yang mempunyai kemahiran yang bernilai tinggi. Biasanya mereka ini adalah golongan profesional yang memang kerja seharian mereka adalah tentang kemahiran mereka.

Contohnya adalah bidan kampung, doktor pakar kanser, mekanik kereta dan juga web programmer.

Kemahiran mereka boleh ditukarkan kepada content yang memindahkan pengetahuan dan kemahiran mereka kepada audiens yang membaca.

Dan adalah tidak mustahil untuk golongan ini menghasilkan content yang mahu dibaca oleh audiens. Notabisnes sendiri adalah termasuk dalam content jenis ini. Dengan hasil eksperimen pelbagai teknik dan konsep, akhirnya terbit panduan yang notabisnes gunakan sendiri untuk hasilkan idea-idea content yang menarik untuk audiens baca.

Panduan tersebut adalah Panduan 97 Templat Tajuk Memikat. Semua bidang kemahiran boleh hasilkan paling kurang 60 idea content yang memikat audiens untuk membaca. Dengan senarai 60 tajuk, orang yang mempunyai kemahiran tidak lagi jadi tersekat dalam menghasilkan content untuk audiens mereka.

Maklumat Premium

Golongan yang akhir sekali yang sangat sesuai buat content marketing adalah mereka yang ada maklumat yang premium.

Maklumat ini boleh sahaja datang daripada kedudukan mereka di tempat kerja, pengalaman, pembacaan dan juga hasil networking sesama rakan-rakan.

Lebih menarik lagi, maklumat sebegini tidak perlu gaya bercerita yang menarik. Maklumatnya sendiri sudah sangat menarik bagi audiens mereka.

Contoh orang sebegini adalah ejen hartanah yang mempunyai menyusun senarai hartanah yang sangat berbaloi untuk dibeli.

Itulah dia 3 golongan orang yang tidak sesuai buat content marketing diikuti dengan 3 jenis orang yang sangat bagus buat content marketing. Di antara dua golongan tersebut adalah mereka yang boleh cuba buat content marketing, tetapi hasilnya adalah sukar dijangka.

Mungkin content mereka meletup-letup dan viral. Mungkin juga suam kuku dan mati begitu sahaja.

Yang pasti: jika tidak dicuba, kita tidak tahu.

Jalan terus!

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.