NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
FB Ads Era Baru adalah FB Ads Berkumpulan

FB Ads Era Baru adalah FB Ads Berkumpulan

Jika kita tanya rata-rata orang bisnes yang menggunakan FB Ads, “apa khabar FB Ads anda?”, lebih ramai yang akan geleng-geleng kepala dan tersenyum sinis berbanding mereka yang teruja.

Hakikatnya, membina kempen FB Ads yang betul-betul memberi pulangan bukan lagi semudah dahulu. Dahulu, cukup sekadar kita ADA iklan, maka sales pasti masuk dan kita pun tersenyum lebar.

Sekarang, walaupun dengan kecanggihan dan kreativiti, ia bukan sesuatu yang mudah untuk kita mampu buat sales menggunakan FB Ads semata-mata.

Mengapa jadi begini? Mudah sahaja: kerana semakin RAMAI yang menggunakan FB Ads. Itulah punca utamanya.

Apabila terlalu ramai menggunakan FB Ads, maka jumlah iklan meningkat dengan drastik. Ditambah lagi dengan kenaifan ‘aku buat iklan pasti ada sales’ pemain baru, maka lebih banyak iklan yang teruk berlegar di FB.

Akibatnya: pengguna FB sudah ‘imun’ daripada klik iklan kita. Mereka sudah tahu dengan sekali pandang yang mana satu post rakan mereka dan yang mana satu pula post iklan kita yang mahukan duit mereka.

Pengguna sekarang tidak segan-segan untuk melaporkan kepada facebook akan iklan kita yang bersifat spam. Satu masa dahulu punya banyak orang jual ubat kuat di facebook. Sekarang, mana pergi mereka semua?

Facebook sudah blok, kerana terlalu ramai orang melaporkan iklan ubat kuat tersebut tidak mereka sukai.

Dan harus kita faham: Facebook bukan blok IKLAN, tetapi blok AKAUN IKLAN tersebut. Akibatnya, seluruh modal yang telah kita top up akan lebur begitu sahaja.

Semua iklan kita akan lebur begitu sahaja. Tertutup sudah satu pintu buat duit kita.

Jika FB Ads tersebut adalah semata-mata pintu marketing kita, maka bisnes kita akan terus melingkup!

Harus juga kita ingat: ada pihak yang mengekploitasi fungsi report tersebut. Mereka menggerakkan ramai pengikut mereka untuk buat laporan ‘fb profile ini tidak senonoh’ ke atas akaun FB profile musuh bisnes mereka.

Apabila FB profile kena blok, maka habislah seluruh aset facebook yang dipegang akaun tersebut, termasuk akaun FB Ads.

Nama-nama terkenal seperti Hafiz Mansor (founder CoolHijab) dan juga Afyan Mat Rawi (presiden anti-skim cepat kaya malaya) pernah diserang sebegitu.

Dalam pada ramai daripada usahawan online rugi dan terbakar duit dengan Facebook Ads, sebahagian kecil daripada brand di FB semakin membesar!

Lazada dan Zalora semakin banyak buat iklan yang mana iklan-iklan mereka mengejar kita ke mana-mana sahaja di ruang online. Dilaporkan bajet marketing mereka meningkat ke jutaan ringgit malaysia bagi tahun 2015. 2016 meningkat lagi!

Azizan Osman dan Sifu FB Ads juga antara jenama persendirian yang kerap kita lihat iklan mereka. Dan juga sahabat saya: Aqif Azizan melalui jenama WriteToWealth.

Mereka-mereka ini kekal di Facebook dan kekal buat duit dengan Facebook.

Apakah yang membuatkan mereka semakin berkembang sementara semua kita semakin melingkup?

BEKERJA DENGAN PAKAR dan BEKERJA DALAM KUMPULAN

Kita tidak mungkin mampu mengikuti dan mencipta teknik-teknik Facebook Ads terbaru yang mampu menembusi skeptikal pengguna facebook terkini. Lebih baik kita sibuk kerjakan bisnes kita!

Kita juga tidak mungkin mampu berlawan dengan pakar-pakar facebook ads yang turut bersaing dengan kita itu.

“If you cannot win them, join them”

Maka kebih baik kita gunakan kepakaran mereka untuk tingkatkan bisnes kita. Bekerja dalam kumpulan juga memberi kita kekuatan dari segi angka dan kepakaran. Lebih sinergi!

Apabila kita bekerjasama dalam Fb Ads, kita akan:

  1. Dapat iklan yang memberi pulangan yang manis belaka
  2. Jalankan pelbagai idea dan teknik iklan terkini
  3. Tidak pening kepala urus iklan FB
  4. Boleh fokus BUAT DUIT dengan bisnes kita

Facebook juga telah membina satu mekanisma khusus untuk kita kerjakan iklan-iklan kita dan uruskan aset facebook kita dalam alat yang lebih profesional: Facebook Business Manager!

Ya, fungsi Facebook Business Manager adalah untuk memudahkan kita bekerjasama dengan pakar-pakar dalaman (staf) dan juga konsultan iklan dari luar bisnes kita khusus dalam menguruskan iklan dan juga page facebook kita.

Dengan Facebook Business Manager, akhirnya kita tidak perlu lagi pening kepala mahu uruskan iklan dan page. Kita serahkan sahaja kepada yang pakar.

Kita juga tidak perlu risau dari segi kewangan dan akses, kerana kita boleh blok dan delete mana-mana staf/konsultan bila-bila masa sahaja yang kita suka daripada memegang aset facebook kita!

Panduan Video FB Ads: Business Manager dibina khusus bantu tuan-puan bermula dengan betul dalam menguruskan aset facebook kita dengan menggunakan Business Manager.

Berikut adalah perkara yang akan ditunjukkan dalam panduan berbentuk video ini:

  1. Business Manager: Intro
  2. Business Manager: Kenapa Perlu Business Account
  3. Business Manager: Kenapa Boleh Buat Begitu?
  4. Business Manager: Overview
  5. Business Manager: Buka Akaun Business Manager
  6. Business Manager: Pindahmilik Page ke Business Manager
  7. Business Manager: Urus Page Dengan Business Manager
  8. Business Manager: Buka Ads Account Baru Bawah Business Manager
  9. Business Manager: Cara Buka Paparan Ads Manager Daripada Business Manager
  10. Business Manager: Cara Tambah Admin Baru Ke Dalam Business Manager
  11. Business Manager: Cara Tarik Kembali Kuasa Daripada Admin Sedia Ada
  12. Business Manager: Penutup

Baca lanjut tentang panduan tersebut di sini —> http://notabisnes.net/businessmanager

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.