NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Halang Korupsi Syarikat Dengan Pagar Ini

Halang Korupsi Syarikat Dengan Pagar Ini

Semua orang biasa dengar pagar ini, tetapi tidak semua orang ‘memasangnya’ pada syarikat mereka.

Mengapa begitu? Ada banyak alasan. Tetapi, itulah ia: sekadar alasan.

Jika kita tidak mahu lagi korupsi dan perompak kolar putih menghuru-harakan syarikat kita, maka kita wajib memasang pagar ini.

Pagar penghalang korupsi adalah SOP.

Ya, ‘Standard Operating Procedure’.

Semua kita tahu dengan jelas perkara ini. SOP yang paling ringkas adalah Senarai Semak.

Setiap bahagian bisnes yang kita mahu jaga dan lindungi daripada anasir jahat, kita perlu sediakan SOP dan ia harus diikuti oleh mereka yang terlibat.

Jika kita tidak mahu akaun dan wang kita dirompak, maka kita harus ada SOP kewangan.

Jika kita tidak mahu pelanggan kita diganggu dengan produk yang tidak bagus, kita harus ada SOP bahagian Production, dan mungkin juga beberapa SOP lain yang berkaitan.

SOP ini konsepnya mudah. Mahu menyebutnya mudah.

Tetapi mahu dibangunkan, dan diikuti oleh mereka yang terlibat perlukan usaha yang berterusan.

USAHA YANG BERTERUSAN <– ini yang buat ramai dari kita gagal menggunakan SOP. Bersedialah dari awal untuk letak sebanyak mungkin sumber dan tenaga untuk menggunakan SOP.

Harus kita ingat, SOP adalah fokus bisnes pada fasa kedua, iaitu fasa ‘systemize’. Jika bisnes kita baru pada fasa pertama, tidak perlu kita pening-pening tentang SOP. Fokus pada menghasilkan pelanggan dengan konsisten.

notabisnes.net

Share artikel ini sekarang untuk bacaan akan datang!

Share →
——