NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Halangan Paling Besar Mengapa Anda Belum Buat FB Ads Lagi

Halangan Paling Besar Mengapa Anda Belum Buat FB Ads Lagi

Yang paling besar adalah Mindset “Kalau aku rugi macamana?”

Ya, hanya pemikiran kita yang menghalang.

Dan juga tiada duit. Well, kalau tiada duit memang #APTB (Apa Pun Tak Boleh. Itu pun tak tahu kah?)

Selain dari duit, biasanya memang mindset kita yang takut rugi yang menghalang kita. Lebih tepat lagi, hati yang ‘takut dilihat gagal’.

Kita boleh kawal kerugian kita. Ini semua orang tahu. Risk management adalah perkara paling asas bagi setiap kita.

Sebab itu kita survive hingga hari ini.

Tetapi kita semua tidak mampu melawan bisikan-bisikan halus “Macamana kalau musuh aku nampak aku terjelepuk gagal buat FB ads?”

Kah kah kah

Kena ‘game’ dengan bisikan was-was diri sendiri.

Kita perlu tukar mindset kita menjadi mindset usahawan sejati. Usahawan sejati akan terus buat sesuatu tanpa peduli sangat kata-kata mereka yang tidak penting dalam usaha beliau.

Hanya data dan fakta sahaja yang menjadi kompas perbuatan mereka.

Data yang kita semua nampak: Ramai usahawan online beratur di kaunter Pos laju dengan berguni-guni produk yang terjual.

Fakta yang kita semua tahu: Ramai usahawan online guna FB ads untuk jual produk mereka.

Usahawan yang berfikiran waras akan cari cara untuk guna FB Ads demi kelangsungan bisnes mereka. Mereka tidak kisah takut rugi, kerana risiko boleh dikawal.

Mereka tidak peduli ditertawakan musuh. Musuh tiada kena-mengena dengan kelangsungan bisnes mereka.

Bukannya musuh mereka yang beri mereka makan!

Ketepikan bisikan-bisikan halus hati yang was-was. Pastikan kita tahu uruskan modal iklan dengan betul, dan belajar cara-cara buat iklan FB yang menjual.

Selebihnya bergantung pada usahawa dan tawakkal kita.

Bukan musuh kita.

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.