NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Ilmu Pendinding Scam

Ilmu Pendinding Scam

Kita biasa kena scam kerana kita sangka orang yang scam kita itu berkata benar. Katakunci di sini adalah ‘kita sangka’. Jadi, untuk mendinding diri kita dari kena scammed, kita perlu mahir elakkan ‘kita sangka’ ini.

Caranya mudah sahaja, semua perkara di bawah ini BELUM TENTU BETUL:

Dan banyak lagi, tetapi saya harap tuan-puan sudah dapat gambarannya. 🙂

Soalan paling penting: maka bagaimana kita mahu tahu orang yang bercakap itu tidak scam?

Itu soalan yang salah sebenarnya. Kita tidak mungkin tahu kejujuran mereka yang mengajak kita itu. Tidak mungkin sama sekali. Mungkin sahaja mereka terlalu percaya tanpa usul periksa lalu mengajak kita.

Nasib baik kita ini skeptik.

Apa yang boleh kita lakukan ialah: fokus pada ‘apa’ yang mereka katakan. Bukan pada ‘siapa’ orang yang berkata itu.

Selagi kita tidak faham apa yang mereka katakan itu maka kita hanya perlu tersenyum dan menolak pelawaan mereka.

Walaupun kita faham, tetapi kita tidak yakin dengan apa yang mereka sampaikan pun kita tetap boleh menolak pelawaan mereka.

Ayat lembut untuk menolak adalah “terima kasih kerana buka peluang ini, tetapi aku tidak mahu mengambilnya.”

Tidak perlu beri alasan mengapa.

Jika dipaksa-paksa maka gunakan ayat kasar pula: “Aku taknak masuk. Kau nak paksa aku masuk dah kenapa?”

Sekian, 😀

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.