NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Insurans Akaun FB Ads Kita

Insurans Akaun FB Ads Kita

Kita sudah ada kempen pengiklanan facebook yang berkesan. ROI begitu cantik sekali. Kita juga telah top up bajet ke dalam payment method fb ads tersebut. Pendek kata, duit kita sekarang (bajet) dan duit kita akan datang (sales) sudah berada dalam facebook ads.

Apabila akaun FB profile yang kita gunakan kena blok, maka terbakarlah duit kita itu tadi.

Apabila akaun FB Ads kita kena flag, punahlah segala usaha yang telah kita lakukan sebelum ini.

Apabila kita tidak boleh lagi akses FB Ads kita, maka lenyaplah ‘duit masa depan’ kita.

Dengan itu musnahlah bisnes kita jika sales funnel kita ada facebook ads tadi sahaja.

Ini bukan cerita dongeng. Ada kes yang sebegini. Bisnes tersebut terpaksa bermula semula kerana akaun facebook ads mereka telah diblok oleh facebook.

Itu boleh kira masih bernasib baik kerana ada modal lagi. Ada juga kes yang SEMUA modal beliau telah diletak dalam facebook ads.

Memang naya.

Jadi apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan perkara tersebut daripada terjadi?

1) JANGAN buat perkara yang facebook tidak suka. Kalau sudah terang-terang dinyatakan facebook tidak suka sesuatu, jangan kita buat perkara tersebut. Sah-sah nanti kena banned.

2) JANGAN buat perkara yang facebook tidak kata dia tidak suka. Maksudnya, kalau kita tidak pernah dengar facebook syorkan buat perkara tersebut, elakkan daripada buat perkara tersebut. Pendek kata, hanya buat perkara yang telah disahkan oleh facebook.

Bagaimana jika mahu buat juga? Boleh dengan syarat: kita hanya buat perkara yang DISUKAI PENGGUNA facebook. Ini kerana prioriti facebook adalah membuatkan pengguna mereka suka berada dalam facebook. Dengan ini risiko kita kena banned sangat-sangat rendah.

3) IKUT Arahan facebook jika mereka hantar notifikasi khas kepada kita. Jika beliau suruh ubah, kita ubah. Jika mereka suruh turunkan, kita turunkan. Jika mereka suruh berkokok, kita berkokok. 😀

4) JANGAN buat pengguna facebook marah. Ini kerana, pengguna boleh buat laporan kepada facebook bahawa iklan dan/atau profile kita menyusahkan mereka atau mereka tidak suka. Cukup ramai yang buat laporan terus-terus kita kena banned. Kes paling popular tentang lapor-banned ini ialah tuan Afyan Mat Rawi dan juga tuan Hafiz Mansor. Tidak terbayang kepayahan yang telah mereka lalui.

4 perkara di atas adalah untuk mengelakkan kita daripada kena blok atau banned. Namun, kita juga harus bersedia plan B sekiranya akaun kita kena blok.

Paling penting: kita masih mampu uruskan facebook ads dan juga page WALAUPUN akaun facebook profile kita sudah kena banned.

Caranya mudah:

Sekarang, jika akaun FB Profile kita sudah kena blok, kita tetap bole akses Business Manager menggunakan akaun FB Backup Up tadi. Daripada Business Manager, kita boleh uruskan page dan ads kita seperti biasa.

Maka kita tidaklah serabut apabila akaun FB Profile asal kita kena blok. Kita boleh buat rayuan untuk dapatkan semula akses akaun FB tersebut sambil tersenyum riang kerana kita masih ada akaun FB backup untuk urusan bisnes kita.

Itulah INSURANS Facebook Ads kita!

Video Panduan Facebook Ads: Business Manager adalah video yang dibuat khusus untuk bantu kita dalam menguruskan Business Manager. Spesifik kepada yang TIDAK PERNAH langsung tahu dan guna Business Manager.

Ini kerana video tersebut menunjukkan langkah-demi-langkah satu-demi-satu setiap butang yang nak kena klik dan setiap perkataan yang perlu ditaip dalam menguruskan Business Manager. Apa yang video-video tersebut tunjuk tentang apa yang Business Manager boleh buat:

  1. Intro
  2. Kenapa Perlu Business Account
  3. Kenapa Boleh Buat Begitu?
  4. Overview
  5. Buka Akaun Business Manager
  6. Pindahmilik Page ke Business Manager
  7. Urus Page Dengan Business Manager
  8. Buka Ads Account Baru Bawah Business Manager
  9. Cara Buka Paparan Ads Manager Daripada Business Manager
  10. Cara Tambah Admin Baru Ke Dalam Business Manager
  11. Cara Tarik Kembali Kuasa Daripada Admin Sedia Ada

Ya, lengkap!

Baca lanjut tentang koleksi video tersebut di sini: http://notabisnes.net/businessmanager

ps: Amaran awal – video tersebut BUKAN PERCUMA ya. Barang baik mesti ada price tag! 😀

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.