NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Jenis Syarikat Paling Baru: PLT

Jenis Syarikat Paling Baru: PLT

Apakah sebenarnya fungsi dan kelebihan jenis syarikat paling bongsu ini?

Antara tiga jenis syarikat yang telah dikongsikan, PLT adalah jenis syarikat yang paling baru. PLT diperkenalkan oleh SSM pada tahun 2012.

PLT adalah singkatan kepada Perkongsian Liabiliti Terhad.

Kita boleh bandingkan dengan yang lain untuk lebih mudah nampak perbezaannya. Enterprise adalah singkatan kepada Milikan Tunggal manakala Sdn Bhd adalah singkatan kepada Sendirian Berhad <– yang ini semua orang tahu. 🙂

Dari situ kita sudah nampak bahawa ketiga-tiga jenis syarikat tidak sama antara satu sama lain.

PLT seperti namanya adalah satu jenis syarikat yang membolehkan pemilik syarikat mengagihkan pegangan saham. Kerana itulah ianya digelar ‘Perkongsian’.

Jadi, apa maksud ‘terhad’ itu pula? PLT juga memberi perlindungan kepada Pemilik jika ada kes saman-menyaman. Perlindungan dari segi kesemua harta peribadi pemilik tidak terlibat sama sekali jika syarikat PLT tersebut di saman sehingga bankrap.

Kerana itulah ia digelar ‘Liabiliti Terhad’. Terhadnya pada pemisahan antara harta milik syarikat dan harta milik pemilik syarikat.

Satu kelebihan PLT adalah ia ibarat gabungan kelebihan syarikat jenis enterprise dan juga kelebihan syarikat jenis Sdn Bhd. Iaitu:

  1. Murah dan mudah diuruskan dokumennya oleh pemilik sendiri. Semua urusan dokumen boleh dibuat online.
  2. Boleh mengagihkan saham seperti syarikat Sdn Bhd.
  3. Tidak perlu akaun beraudit, seperti syarikat enterprise.
  4. Liabiliti terhad, seperti syarikat sdn bhd.

Namun, syarikat jenis PLT ini masih terlalu baru, sehinggakan banyak urusan dokumen dengan pihak ketiga menjadi sukar. Banyak kakitangan pihak ketiga dalam proses menguruskan syarikat belum lagi ‘update’ sistem mereka untuk menguruskan hal-hal berkaitan PLT ini.

Contohnya, agak sukar untuk bank menerima dan membuka akaun bagi syarikat jenis PLT ini. Jika adapun yang menerima, bank-bank masih takut lagi untuk memberi fasiliti pinjaman kepada syarikat jenis PLT.

Oleh yang demikian, syarikat jenis PLT hanya sesuai untuk syarikat yang memerlukan perkongsian, tetapi tidak memerlukan fasiliti pinjaman. Syarikat yang memenuhi kriteria tersebut adalah syarikat pada fasa bermula (startup) dan juga fasa melicinkan (systemize).

Pada fasa-fasa tersebut, kita tidak perlu fasiliti pinjaman daripada pihak ketiga. Kita boleh mendapatkan suntikan modal dengan banyak cara lain.

Apabila tiba masa syarikat kita mencecah fasa mengembangkan (scale), kita boleh bertukar kepada syarikat jenis sdn bhd untuk menggunakan kelebihan fasiliti pinjaman daripada bank.

Segala maklumat lanjut dan terperinci tentang syarikat jenis PLT ada dikongsi dalam DVD Hal Ehwal Syarikat. Maka, sudi-sudikan diri untuk menjenguk, dan mendapatkan DVD yang sarat dengan ilmu dan strategi syarikat daripada 4 orang besar ABS di sini: http://j.mp/strategisyarikat

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.