NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Kenapa Tak Guna P&L Atau Kiraan Accounting Lain, Tetapi Guna CPS?

Kenapa Tak Guna P&L Atau Kiraan Accounting Lain, Tetapi Guna CPS?

Ada yang pertikai perkara ini. Tentu-tentulah orang tersebut ada kemahiran perakaunan.

Ya, tuan-puan jangan baca Notabisnes jika mahukan pengiraan seperti seorang akauntan. Tunggulah #notaakaun yang sedang dirancang.

(Ehem, ya, #notabisnes sedang mencari penyumbang untuk #notaakaun. Kami janjikan kemasyuran di internet sekitar usahawan-usahawan dan wannabe kerja sendiri. Lain-lain kami tak janji)

Ada 2 sebab paling besar bagi soalan di atas. 1 sebab yang bersifat peribadi dan satu lagi sebab yang bersifat sistemik.

Sebab peribadi: Saya bukan seorang akauntan. Saya belum buka lagi buku belajar accounting. Saya juga belum bertalaqi lagi dengan akauntan-akauntan yang saya usya sahaja dari jauh ini.

Oleh sebab itu maka saya tidak berani menitipkan teori dan hipotesis yang saya tidak tahu kepada audiens notabisnes.

Saya hanya tulis apa yang saya tahu dan apa yang saya guna. Semudah itu.

Sebab sistemik: kerana CPS sifatnya ialah ‘mikroskop’ berbanding kiraan akaun yang lebih bersifat ‘keseluruhan’. Dapatan saya, kebanyakan angka-angka kiraan akaun bersifat ‘mahu tahu secara keseluruhan’. Ini adalah perkara yang sangat bagus bagi bisnes-bisnes besar, yang punya beratus produk dan beratus taburan kos.

Tetapi sangat menghampakan bagi mereka yang baru nak bermula dan sedang membina bisnes pada skala kecil. Kerana mereka yang baru-baru ini lebih mahu cari ‘apa yang berguna, apa yang hampeh’. Mereka mahu tahu apa efek setiap pergerakan yang mereka ambil dengan cepat dan tepat.

Mereka mahu tahu produk apa yang terjual bulan ini memberi impak yang paling besar kepada keuntungan. Mereka mahu jual lebih banyak produk yang untung dan mahu henti jual produk yang rugi, hatta rugi RM 1 sekalipun.

Kiraan CPS bersifat ‘mengorek sedalam-dalamnya’ maka ia adalah salah satu angka yang penting dalam notabisnes.

Kiraan Accounting akan berguna apabila bisnes kita sudah menunjukkan perkembangan yang stabil dan mahu ke perkembangan yang jauh lebih besar.

CPS sifatnya untuk di bawa masuk ke dalam mesyuarat tindakan pekerja-manager. Accounting sifatnya untuk di bawa masuk ke dalam mesyuarat BOD, untuk tentukan hala tuju syarikat.

Ianya saling lengkap melengkapi.

ps: Saya bekas cikgu Add Math. Rindu saya pada Add Math membuahkan CPS sebagai hasilnya. Saya gembira!

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.