NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Komponen Survival dan Komponen Growth Dalam Bisnes

Komponen Survival dan Komponen Growth Dalam Bisnes

Semua 6 komponen bisnes boleh kita bahagikan kepada 2 kumpulan besar, iaitu 1) Komponen Survival dan 2) Komponen Growth.

Apa maksudnya?

Komponen Survival adalah komponen-komponen yang bisnes kita perlukan untuk berfungsi dari bulan ke bulan. Ia diperlukan untuk fasa short term. Tanpa komponen survival, bisnes kita tidak mungkin mampu bernafas, lalu mati di tengah jalan.

Komponen yang tergolong dalam komponen survival adalah:

Kita boleh lihat, daripada senarai di atas, semuanya amat diperlukan untuk menghasilkan duit SEKARANG. Jika tiada komponen tersebut, bisnes kita tidak akan mampu buat duit. Bila tiada duit tunai, bisnes kita tidak mampu bernafas, lalu mati.

Malahan, 3 komponen ini memanglah perkara yang biasa kita tahu kepentingannya dalam bisnes. Sales & Marketing, Production dan Distribution ini memang telah kita lakukan dalam bisnes kita sehari-hari.

Bagaimana pula dengan Komponen Growth?

Komponen Growth, seperti namanya, adalah komponen bisnes yang berfungsi untuk mengembangkan bisnes kita. Ia diperlukan untuk fasa long term. Tanpa komponen Growth, bisnes kita akan kekal kecil dan kita akan kekal menjadi bottle neck kepada bisnes kita.

Siapa yang tidak mahu bisnes mereka berkembang? Jika ada, maka tidak perlu bagi mereka untuk fokus pada komponen growth dalam bisnes mereka.

Jika kita memang mahu bisnes kita berkembang, sehingga kita tidak lagi perlu masuk ofis setiap hari, kita perlu ada 3 komponen growth berikut:

Komponen akaun penting untuk growth kerana ia berfungsi untuk mengesan perubahan pada syarikat. Adakah bisnes kita buat duit atau adakah bisnes kita sedang menuju kehancuran. Tanpa komponen Akaun, kita tidak mungkin boleh mengesan perubahan, lalu kita tiada cara yang saintifik dan berkesan untuk mengembangkan syarikat.

Komponen RnD adalah komponen yang kita semua sedia maklum memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan syarikat. Hanya dengan komponen RnD barulah kita boleh mengesan CARA-CARA dan PUNCA perubahan pada syarikat. Dengan komponen RnD, kita mampu MENGAWAL perkembangan syarikat.

Bagaimana pula dengan Human Resource? Untuk kita keluar daripada gerak kerja bisnes kita sehari-hari, kita perlukan orang lain untuk mengganti kita. Mereka yang akan menjalankan kerja yang kita buat setiap hari. Dengan demikian, barulah kita boleh fokus pada perkara lain. Lama-kelamaan kita boleh keluar daripada bisnes kita dan hanya melihat perkembangannya melalui komponen akaun. Itu adalah salah satu tanda bisnes kita telah berkembang dengan baik.

Mengapa kita perlu tahu 2 kumpulan komponen bisnes ini? Supaya kita boleh buat keputusan, mana satu yang kita perlu fokus terlebih dahulu apabila kita bermula.

Jika kita baru buat bisnes pertama kali, fokus pada komponen survival dan kemudian, apabila komponen survival sudah stabil, baru kita fokus pada komponen growth.

Jika ini adalah bisnes kita yang kelima atau lebih, kita boleh fokus terus pada growth. Ini kerana komponen survival bukan lagi satu masalah.

Ingat, komponen survival adalah Sales & Marketing, Production dan Distribution manakala komponen growth adalah Akaun, RnD dan Human Resource. Fokus mengikut keperluan dan objektif bisnes kita.

 

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.