NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Leverage Paling Besar Dalam Bisnes Kita: Packaging

Leverage Paling Besar Dalam Bisnes Kita: Packaging

Kita sedia maklum bahawa dalam promosi kita perlukan USP untuk memudahkan kita menjual.

Kita juga sedia maklum bahawa tanpa tawaran meleleh, produk kita sukar untuk dijual. Apabila kita ada irresistable offer barulah produk kita sangat laku keras, bagaikan berterbangan dari warehouse kepada pembeli.

Tak sempat letak di rak pun!

Kita maklum bahawa jika pengguna tidak tahu apa yang mereka akan dapat apabila membeli produk kita maka mereka sukar mahu keluarkan dompet dan bayar. Hanya apabila mereka tahu apa isi kandungan produk/servis kita barulah mereka mampu memutuskan dengan waras untuk membelinya.

Kita juga sangat maklum bahawa harga yang tepat adalah amat penting. Jika terlebih tinggi produk kita sukar dijual. Jika terlalu rendah maka produk kita laku tetapi melingkupkan kita.

Yang tak ramai kita tahu adalah keempat-empat perkara di atas: USP, Tawaran, Isi kandungan dan Harga akan bertemu pada satu tempat. Ya, semuanya akhirnya akan bertemu pada satu tempat yang kita semua hari-hari nampak tetapi tidak sedar.

Itulah Packaging.

Packaging atau lebih mudah dalam bahasa melayu: pembungkusan. Ianya adalah ‘kulit’ yang membungkus produk kita yang penuh dengan maklumat dan ‘design cue’. Apabila packaging kita betul, kita jauh lebih mudah untuk menjual produk kita.

Bagaimana pula dengan packaging untuk servis? Mana mungkin kita membalut servis kita!

Well, janganlah nampak sangat kemalasan berfikir tu. Memanglah tak mungkin kita balut servis kita, tetapi idea besar packaging adalah menyampaikan 4 maklumat yang memudahkan prospek buat keputusan untuk membeli.

Apakah 4 maklumat tersebut?

Maka, untuk servis, semua perkara di atas boleh perlu diletak pada alat yang digunakan untuk ‘menjual’ servis tersebut. Kerana itulah fungsi packaging: menjual isi pakej tersebut.

Jika kita gunakan flyers untuk jual servis kita, maka kita perlu letak semua perkara di atas dalam flyers kita.

Jika kita guna website untuk jual servis kita, maka kita perlu letak semua perkara di atas dalam website kita.

Dan seterusnya. Sama juga dengan produk. Jika kita jual produk kita melalui iklan wassap, maka kita perlu ada paling kurang 4 maklumat di atas, barulah prospek mampu buat keputusan dengan betul.

Barulah prospek mampu membanding beza nilai yang mereka akan dapat dengan harga yang mereka perlu bayar.

Mana pula perginya Tawaran Meleleh? Tadi macam nampak di atas tu … 😀

Tawaran Meleleh adalah hasil interaksi 4 elemen di atas itu. Hasil interaksi 4 elemen di atas akan menghasilkan ‘perceive value’ atau ‘nilai dirasai’. Apabila prospek rasa nilai yang mereka dapat itu tinggi, jauh lebih tinggi berbanding harga yang mereka bayar, maka ianya automatik jadi satu tawaran meleleh.

Ini juga bermaksud, kita hanya perlu ubahsuai packaging kita sahaja untuk ubah perceive value produk/servis yang kita jual!

Inilah taktik yang selalu digunakan oleh syarikat komoditi yang besar-besar. Produk mereka sama sahaja: komoditi. Tetapi cara mereka promosi dan juga pakejkan produk tersebut yang memboleh satu syarikat jual pada harga yang lebih mahal manakala satu syarikat lagi jual pada harga yang lebih rendah.

Di sini juga kita nampak pengaruh harga dalam menentukan sempadan market segmen masing-masing. Well, itu dah masuk cerita lain, akan disentuh dalam artikel lain.

Yang penting di sini adalah, sekarang kita tahu bahawa packaging kita fungsinya adalah untuk mencipta perceive value agar timbulnya tawaran meleleh hasil daripada interaksi 4 elemen penting pada packaging iaitu: Nama Pakej, Isi kandungan, USP dan Harga.

Jadi, selepas ini jangan kita main semberono buat packaging. Pastikan packaging kita menyampaikan nilai produk kita dengan jelas kepada prospek kita.

Namun jangan pula kita melebih-lebih dalam mencipta perceive value sehingga ‘tipu sunat’. Itu dah jadi scammer namanya.

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.