NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Marketing Adalah Perkara Akhir Sekali Kita Buat Dalam Bisnes

Marketing Adalah Perkara Akhir Sekali Kita Buat Dalam Bisnes

Ayat di atas tidak lengkap. Yang betul adalah: ALL OUT Marketing adalah perkara akhir sekali kita lakukan dalam bisnes.

Penting di situ: All OUT.

Ya, betul, semasa bina sales funnel kita harus sahkan yang kempen marketing kita boleh menarik dan menapis prospek. Tetapi kita hanya fokus pada ‘sahkan’ sahaja.

Apabila sudah sah, kita hentikan buat sementara waktu sementara membina perkara lain yang wajib ada untuk menyampaikan nilai (deliver value) produk kita kepada pembeli.

Antara lain, kita perlu:

1. Sahkan yang produk kita ‘menggiurkan’. Macamana nak sahkan? Mudah sahaja, kita cuba ‘tayang’ produk tersebut kepada sebahagian kecil pasaran sasaran kita. Jika mereka semua terliur lalu kerumun dan dengan rakusnya mahu beli, maka produk kita memang ternyata ‘menggiurkan’.

2. Sahkan yang produk kita ‘berkualiti’. Cara untuk sahkan juga mudah: kita follow up semula sebahagian pembeli tadi dan tanya adakah mereka rasa berbaloi dengan wang mereka. Jika rata-rata sangat berpuas hati dan sudi rekemen kepada rakan mereka, maka produk kita sah berkualiti.

3. Sahkan Sales Funnel kita mampu hasilkan pelanggan dengan kadar yang boleh dijangka. Angka2 conversion sales funnel adalah stabil dan tidak terlalu jauh variasinya. sales funnel kita tadi juga haruslah mampu memberi ROI yang setimpal dengan sasaran keuntungan yang kita mahu.

4. Sediakan SOP dan ‘projection’ Cash Flow. Kira siap-siap cashflow yang akan berlaku dalam 3 situasi berikut: Semua habis terjual, Separuh sahaja terjual, 20% sahaja terjual. Bersedia dengan strategi untuk setiap situasi.

5. Pastikan Staf untuk semua bahagian adalah mencukupi dengan target jualan kita. Antara bahagian-bahagian yang kritikal adalah Customer Service, Closing dan Packaging. Fasa awal lebih baik gajikan pekerja sementara jika kita pertama kali buat bisnes. Ini bagi mengurangkan tekanan kepada cashflow kita jika berlaku keadaan yang merugikan.

Hanya apabila semua persiapan sudah siap, barulah kita jalankan marketing yang secukupnya untuk gerakkan stok.

Ya, ‘secukupnya’, BUKAN all out campak semua benda, a.k.a ‘bakar semua duit marketing’. Harus kita ingat bahawa staf dan sales funnel kita perlu ‘berlatih’ perlahan-lahan untuk up-to-speed dengan beban kerja hasil marketing.

Terlebih makan pun tak bagus. Sendat perut, tak boleh bernafas = mati. Makan kena mencukupi. Then kena workout, baru membesar dengan sihat.

Sama macam bisnes juga. Kalau buat marketing gila-gila sampai terlebih kapasiti kita nak melayan, nanti sendat perut, cashflow tercekik = mati. Marketing ngam-ngam je dah.

Sistem bisnes kita, khususnya Sales Funnel harus digerakkan secara berperingkat agar elemen manusiawi dalam bisnes kita mampu bekerja dengan efektif.

Bengkel Master Class Sales Funnel yang akan diadakan esok akan fokus kepada membantu peserta untuk memahami gaya pembelian pasaran mereka, membina Sales Funnel yang betul-betul ‘ngam’ dengan gaya pembelian tersebut dan seterusnya menyusun strategi untuk setiap situasi yang dikatakan seperti di atas.

Hari ini adalah hari terakhir pendaftaran. Hanya tinggal 2 tempat sahaja lagi. Daftar sekarang di sini: Daftar Master Class Sales Funnel

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.