NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Merdekakah Bisnes Kita?

Merdekakah Bisnes Kita?

Syarikat adalah entiti yang mempunyai hak dan kapasiti seperti manusia biasa: ada nama, boleh menyaman dan boleh di saman, boleh menerima bayaran dan boleh membuat bayaran, dan banyak lagi.

Ehem: sebab itulah sebahagian untung bisnes kita perlu dilaburkan semula. Anggap itu ‘gaji’ bagi pemilik nama yang kita gunakan untuk buat duit selama ini.

Jika Bisnes kita itu manusia, dan sempena bulan kemerdekaan ini, satu soalan yang menarik untuk kita fikirkan adalah:

Merdekakah Bisnes Kita?

Soalan itu mengundang banyak persoalan lain:

Adakah merdekanya bisnes itu sama dengan merdekanya seorang manusia?

Perlukah ia merdeka?

Merdeka daripada apa?

Merdeka daripada siapa?

Ini soalan yang betul-betul menarik. SIAPA. Adakah mungkin satu-satu manusia yang selama ini mengekang dan menindas bisnes kita?

Jika ada pun, jawapannya sangat jelas sekali: Kita sendiri!

Kita sebagai usahawan kerap menidakkan hak bisnes kita sendiri. Semua untung masuk poket sendiri, tidak di pusing semula jadi modal yang lebih besar. Cukai tidak dibayar, akibatnya bisnes kita berhutang dengan LHDN. Hutang supplier tidak bayar, akibatnya hutang bisnes kita semakin menggunung.

Jika bisnes kita itu ibarat anak kecil yang kita sedang jaga, besar kemungkinan kita sudah ditangkap polis, kerana mendera bisnes kita itu dengan terlalu berat.

Ada satu lagi soalan yang sama menarik juga:

Merdekakah kita sebagai usahawan daripada bisnes kita sendiri?

Adakah kita masih terikat dengan bisnes kita? Setiap masa staf cari untuk selesaikan masalah kecil dan remeh.

Hari merdeka pun kita terpaksa masuk kedai bekerja.

Di mana impian manis dahulu: “Aku mahu berniaga supaya ada banyak masa dengan keluarga” ?

Adakah kita benar-benar merdeka?

Dengan persoalan tersebut, saya ucapkan Selamat Hari Merdeka.

Moga kita benar-benar berusaha mencapai erti merdeka yang sebenar.

🙂

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.