NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Perkara Teknikal Yang Perlu Sebelum Guna FB Ads

Perkara Teknikal Yang Perlu Ada Sebelum Guna FB Ads

 

Nak guna FB Ads mudah sahaja, tetapi tidaklah mudah sangat. Bagi mereka yang sudah biasa dengan internet, ia jadi mudah. Namun, bagi mereka yang menggigil menggunakan internet, tidak semudah itu.

Ini senarai penting:

Secara kasarnya itu sahaja yang kita perlukan untuk mula menggunakan FB Ads. GUNA FB Ads ya, bukan JADI KAYA dengan FB Ads. Itu belum tentu jadi lagi.

Tanpa 8 perkara di atas, kerja-kerja menggunakan FB Ads akan jadi sangat terbatas. Malah jika tiada sebahagian daripada perkara tersebut kita memang tidak mungkin boleh gunakan FB Ads. Oleh kerana itulah Video Panduan FB Ads (Target+Retarget) terus ditulis untuk mereka yang sudah sedia ada kesemua perkara di atas.

Jika masih tiada bab-bab di atas, lebih baik ambil tahu dahulu perkara tersebut sebelum betul-betul buang duit kepada FB Ads. Cara paling mudah untuk belajar semua perkara di atas? Well, google kan ada! Contoh cara mahu guna google untuk perkara di atas:

Step 1: Buka google.com
Step 2: Taip ayat pertanyaan yang terperinci – “Bagaimana Cara Guna Debit Card Maybank dengan FB Ads?”
Step 3: Skrol dan klik mana-mana hasil carian yang kelihatan bagus.
Step 4: Jika habis skrol dan tidak berjumpa, ubah soalan dan ulang semula step 2.

Itu sahaja!

Dan jangan sebut ayat ‘ah susahlah begini. Tunjukkanlah terus cara-caranya!’. Sebenarnya ia tidaklah sukar benar. Hanya perlu sedikit kesabaran dan sikap tidak putus asa dan sikap mahu berusaha, tidak mahu disuap semata.

Malah, salah satu bukti paling kukuh yang kita boleh belajar banyak perkara dengan google sahaja adalah diri saya sendiri. Kebanyakan perkara ‘how’ saya belajar dengan google sahaja. Perkara-perkara ‘why’ yang lebih sukar guna google barulah saya belajar daripada buku, rakan-rakan dan daripada guru yang diikuti.

Amalkan selalu hingga ia menjadi ‘second nature’. Kelak bila timbul persoalan kita lebih selesa tanya google dahulu sebelum putuskan perkara lain.

Jika malas nak google dan mahukan penerangan yang lengkap beserta video langkah-demi-langkah macamana nak guna FB Ads, boleh lihat video Panduan FB Ads ‘From Zero’. Apa beza panduan tersebut berbanding panduan dalam google? 1) Semua ada dalam satu tempat 2) Bahasa melayu dan 3) Berharga RM 50.

Tetap berbaloi!

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.