NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Pesanan Gergasi Buku Malaysia: Dato` Haji Husamuddin

Pesanan Gergasi Buku Malaysia: Dato` Haji Husamuddin

Ini adalah tulisan yang dikongsikan oleh tuan Abd Hakim Awang D’Apple di facebook beliau.

Pesanan yang dirakamkan oleh beliau ini disampaikan oleh Tuan Dato` Haji Husamuddin hasil perjumpaan mereka.

Dato` Haji Husamuddin adalah tulang belakang yang memulakan dan mengembangkan bisnes Karangkraf dan sekaligus membesarkan kek industri perbukuan Malaysia. Tanpa kerja keras beliau dan pasukan beliau di Karangkraf, industri buku dan ilmu Malaysia pastinya tidak seperti sekarang.

Ikuti tulisan oleh tuan Abd Hakim ini:

 


 

Hari ni bersama Dato’ Dr. Hussamuddin Yaacub – Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf dengan jualan tahunan RM500j.

Kata beliau :

Orang yang berduit biasanya adalah orang berjaya dan orang yang bekerja lebih dari orang lain.

Saya bina Karangkraf ni ‘step by step’.

Daripada kecil saya dilatih menjadi pembeli yang bijak.

Saya dilatih oleh emak saya dari kecil untuk melaksanakan idea.. yer bukan sekadar idea, tapi laksanakannya.

Saya dilatih untuk melaksanakan idea dengan cepat.

Bila berjanji mesti ditepati.

Kita kena share pengalaman bisnes kita, InshaAllah rezeki akan lebih murah.

Nyawa perniagaan adalah ‘cash flow’.

Setiap usahawan mesti ada ‘tabung’ untuk kegunaan waktu merudum.

Orang Cina yang berjaya biasanya bukan yang terus berniaga tapi adalah mereka ‘berkuli’ dahulu.

Daripada kecil saya dilatih membaca dengan banyak.

Networking sangat penting.

Kekayaan yang datang dengan cepat selalunya susah untuk bertahan lama.

Customer service sangat penting. Kita jual benda sama kepada pelanggan yang sama, customer service akan membuatkan kita menang.

Di setiap masalah, pasti ada peluang.. Pasti!

Membaca membuatkan saya lebih kreatif.

Saya berjaya kerana saya tahu apa yang saya jual.

Untuk berjaya, bukan sekadar menjadi follower, tapi kita perlu jadi ‘game changer’.

Jika nak syarikat kita mampu bertahan beratus tahun, kita kena berpegang pada value dan vision syarikat kita.

Kalau saya (tokey) sendiri nak buat semua, akan jem! So saya delegate power.

Saya train hulubalang jadi panglima.

Rumah yang dibuat cepat, akan runtuh cepat – build overnight, crash overnight.

Kita boleh buat banyak bisnes dengan satu company.

Semangat tanpa ilmu tak akan jadi.

Ketika syarikat kita kecil bolehla bagi management kepada anak beranak, tapi bila syarikat dah besar, kita kena benarkan orang luar yang profesional manage syarikat kita untuk lebih berjaya dan berkembang.

Pengurusan hati sangat penting.

Pada tahun 80 an, kilang saya terbakar. Dan itu sebenarnya menjadi titik tolak kepada bisnes saya berkembang sehingga sekarang. Disebalik kesusahan pasti ada kemudahan. Bila datang musibah, redha dan bangkit balik. Allah takkan sesekali melakukan sesuatu itu dengan sia-sia. Sabar, usaha dan tunggu habuan itu menjelma.

Masih perlukan ‘wisdom’ orang tua / orang lama / senior untuk berjaya dalam bisness walaupun zaman berganti zaman.


Sudah baca? Sila ulang baca sekali lagi dan tuliskan satu sahaja pesanan yang ‘menggetarkan’ hati kita, dek kerana kita tidak terfikir pun perkara tersebut sebelum ini.

Jom kongsikan di ruangan komen —>

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.