NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
3 Soalan Untuk Sahkan Produk Kita Betul-betul Untung Dijual

3 Soalan Untuk Sahkan Produk Kita Betul-betul Untung Dijual

Ada 3 soalan yang perlu kita fokus apabila kita sedang uji produk baru untuk dijual. Ini adalah 3 perkara yang besar yang mana jika kita boleh buat perkara-perkara ini maka kemungkinan besar kita boleh dapat untung apabila kita jual produk ini.

3 Soalan tersebut adalah:

  1. Bolehkah kita dapat pembekal produk tersebut yang konsisten?
  2. Bolehkah kita jual pada harga 3 kali ganda (atau lebih) daripada kos jual (CPS)?
  3. Bolehkah kita jual produk tersebut dengan konsisten?

Tidak ada salah satu soalan yang lebih penting. Kita juga tidak perlu ikut turutan dalam mengesahkan 3 perkara di atas.

Asalkan ketiga-tiga perkara besar tersebut boleh kita lakukan, maka produk kita tadi sudah boleh kita jual dengan yakin.

Mengapa 3 perkara ini adalah perkara besar untuk jualan produk baru?

Mudah sahaja: kerana 3 perkara inilah yang orang baru menjual selalu terperangkap.

Sudah dapat jual produk dengan seronok, tiba-tiba pembekal sudah tidak dapat bekalkan. Akibatnya market kering begitu sahaja. Silap-silap kita pula dituduh penipu oleh customer.

Pembekal sudah ok, tetapi kita pula yang tidak dapat jual dengan konsisten. Sales kejap masuk kejap kering. Ini kerana kita masih belum betul-betul memahami pasaran yang kita target tadi. Lama-lama pembekal pun malas nak layan kita.

Jualan sudah konsisten, pembekal juga sudah bagus, tetapi makin lama kita jual semakin teruk cashflow kita. Rupa-rupanya selama ini kita menjual tiada untung, kerana harga jual tidak mampu menampung kos jualan. Kena kira dahulu kos jualan gamaknya.

Tiada lagi perangkap yang lebih besar daripada 3 perkara di atas. Sebab itulah kita harus memastikan produk baru yang kita mahu jual itu melepasi 3 perangkap tadi dahulu, barulah kita yakin untuk melabur lebih banyak modal ke atasnya.

Ya, jangan keluarkan semua modal untuk test jual. Gunakan 10% daripada modal kita untuk itu. Jika tidak, kita berisiko besar untuk melingkup apabila cubaan jual kita melingkup.

ps: Yang lengkap ada 30 Soalan semuanya. Itu semua telah saya rangkumkan dalam Panduan Video Blueprint Bisnes. Rujuk link berikut —> http://notabisnes.net/blueprintbisnes

pps: Cara kira Kos Jualan atau Cost Per Sale (CPS) juga telah saya kongsikan dalam Panduan Video CPS. Rujuk link berikut pula —> http://notabisnes.net/cps

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.