NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Top 10 Artikel Di Blog Notabisnes

Top 10 Artikel Di Blog Notabisnes

Berikut adalah 10 artikel yang paling popular di blog ini. Paling banyak trafik dan paling ramai yang telah dapat manfaat dan memanfaatkan.

Kita boleh perasan topik FB Ads antara topik paling banyak yang top 10. Masih ramai antara kita yang suka dengan pengisian FB Ads mungkin kerana ianya antara alat kerja yang paling cepat memberi hasil jualan.

Namun jangan kita lupa, kita harus betulkan mindset dan kukuhkan asas kira-kira bisnes kita. Jika tidak, short term result daripada FB ads tidak mampu kita panjangkan menjadi hasil jangka masa panjang.

Nikmatilah, 10 artikel paling popular berikut:

#1: 2 Sebab Mengapa FB Ads Sudah Tidak Berkesan

Ini adalah artikel yang menerangkan hakikat sebenar cara facebook ads berfungsi. FB Ads jadi tidak berkesan apabila kita melanggar hakikat ini. Apabila kita tidak faham how it works dan why it exist, maka kita tidak mungkin dapat leverage alat tersebut.

#2: Cara Meletakkan Harga Mengikut Teori Psikologi Sebenar

Ramai yang tidak sedar bahawa harga adalah komponen yang penting dalam membina tawaran meleleh. Ianya adalah satu faktor utama yang menentukan untung rugi bisnes kita. Artikel ini berkongsi tentang taktik dan teknik meletakkan harga yang berkesan mengikut kajian psikologi yang telah banyak dijalankan. Daripada cara membuatkan harga ‘mahal’ nampak murah hinggalah cara menaikkan harga dengan konsisten tanpa buatkan pelanggan kita mengamuk.

#3: Leverage Paling Besar Dalam Bisnes Kita

Memang sifat kita tidak nampak perkara didepan mata. Setiap hari kita lihat perkara ini pada SETIAP PRODUK tetapi kita tidak nampak permainannya. Perkara inilah yang sangat penting kepada produk yang perlu menjual dirinya sendiri. Tanpa faham perkara ini, tidak mungkin kita mampu scale up jualan kita sepertimana jerung-jerung lain.

#4: Idea-idea Content Untuk Bisnes Tudung

Spesifik untuk bisnes tudung, tetapi boleh diubah dan digubah untuk bisnes lain. Content Marketing adalah alat marketing yang paling evergreen tidak kira perubahan dalam dunia marketing. Dengan content kita boleh turunkan kos marketing dan kos jualan. Namun, kita sering kekeringan idea, tidak tahu content apa yang mahu diterbitkan. Inilah sedikit sebanyak idea content yang telah dihasilkan daripada SOP Content Marketing Notabisnes.

#5: Cara Halal Curi Copywriting Orang Lain

Jangan kita sekali-kali bermula daripada kosong dalam setiap perkara yang kita lakukan, termasuklah semasa menghasilkan copywriting. Kita hanya perlu cari copywriting yang kena dengan jiwa pelanggan kita, dan kita ubahsuai mengikut kesesuaian produk dan tawaran kita. Inilah artikel yang menunjukkan cara-cara mengubahsuai copywriting orang lain dengan betul.

#6: 5 Mindset untuk Mula Bisnes Bagi Orang Makan Gaji

Untuk melompat daripada makan gaji kepada berbisnes, kita perlukan mindset yang berbeza. Mindset makan gaji tidak sama dengan mindset orang bisnes. Malahan, ramai orang makan gaji yang berjaya dalam karier memiliki minda orang bisnes. Apakah mindset-mindset tersebut? Jemputlah baca. 🙂

#7: 22 Point Of Engagement Yang Facebook Ukur

Bagi melicinkan content marketing dan juga FB Ads, kita harus faham apakah kriteria yang Facebook Ukur bagi mereka tentukan content kita harus disampaikan kepada pengguna mereka. Ya, inilah cara Facebook tentukan adakah post kita harus tinggi reach atau tidak. Dengan memahami perkara ini, kita akan lebih waras dalam mengukur keberkesanan post kita. Malah, kita juga boleh ‘repair’ post kita yang tidak berkesan menjadi tinggi reach-nya.

#8: FB Ads Era Baru Adalah FB Ads Berkumpulan

Ini adalah artikel bersifat manifesto yang merayu kepada pemain-pemain FB Ads untuk tidak buat kerja sorang-sorang. Hakikat bahawa FB Ads semakin kompleks tidak dapat disangkal lagi, dan satu-satunya cara untuk kita terus kekal relevan adalah dengan bekerjasama antara satu sama lain. Tidak kiralah kerjasama antara sesama rakan bisnes ataupun dengan staf. Paling penting: bekerjasama.

#9: 2 Formula Lengkap Untuk Bina Content

Sudah dapat idea content daripada artikel di atas, maka kita harus bina content dengan betul. Ini adalah artikel yang berkongsi tentang 2 formula bagi membangunkan content yang berkesan. Ianya konsep yang mudah, namun perlukan latihan untuk kita jadi mahir. Tanpa 2 formula ini, agak sukar untuk kita hasilkan content dengan mudah dan berkesan.

#10: Betapa Mudahnya Buat FB Ads

Satu artikel yang membuat simulasi betapa mudahnya menghasilkan FB Ads. Memang FB Ads itu kompleks, tetapi yang kompleks itu adalah apabila kita mahu menguruskan pelbagai iklan merentas pelbagai produk dan level sales funnel. Jika kita hanya mahu buat iklan sekadar tingkatkan reach post kita, ianya sangat mudah. Sebenarnya, memang facebook suka untuk ambil duit kita. Business is business!

Itulah dia 10 artikel paling popular sepanjang 2016. Moga ada antaranya yang memberi manfaat kepada tuan-puan sekalian.

Banyak lagi artikel yang telah ditulis telah dikumpulkan menjadi ebook. Err, ada 57 artikel untuk ebook pertama Notabisnes dan 53 lagi artikel untuk ebook Notabisnes II.

Ya total ada 110 artikel kesemuanya!

Boleh lihat senari ebook dan panduan video di sini: Notabisnes.net

PESANAN PENAJA
Nota penting ini seeloknya disimpan untuk bacaan kemudian hari. Cara paling mudah: share nota ini di Facebook / Twitter tuan-puan sekalian. Senang nak baca lepas ini. Klik pada butang Facebook (dan lain-lain) di sebelah kiri paparan ini. Ia akan bantu tuan-puan share ke social media yang tuan-puan pilih.

Secara tidak langsung, rakan-rakan kita boleh turut baca juga!

Maklumat Penulis

Izwan Robotys adalah pengkaji dan penguji teknik dan strategi pelbagai perkara bisnes. Kajian dan ujian berbentuk hands on dengan disiplin dan perincian kejuruteraan. Fokus dalam menerangkan konsep bisnes kompleks dan abstrak dalam bentuk yang jelas dan terang.