NotaBisnes Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita
Value Chain Industri Bisnes Kita

Value Chain Industri Bisnes Kita

Jika kita lihat dengan lebih dekat akan proses bisnes kita dalam industri yang kita ceburi ini, secara keseluruhan kita akan nampak apakah yang sebenarnya berlaku. Kita akan nampak jelas apa sebenarnya bisnes dalam ertikata sebenar.

Apa dia?

Bisnes adalah aktiviti menukarkan ‘Value’ kepada RM dan sebaliknya.

Lihat contoh Value Chain industri makanan ringan (Twisties) untuk lebih jelas:

Kilang Twisties -> Pengedar Twisties -> Pemborong Makanan Ringan -> Peruncit -> Pembeli Twisties

Itu secara ringkas Value Chain untuk Twisties. Mengapa ia digelar Value Chain? Kerana setiap peringkat itu ada Value yang ditambah kepada produk Twisties tadi. Dan setiap peringkat value itu bersambung-sambung (chain) antara satu sama lain.

Apa value yang setiap peringkat itu tambah?

1) Kilang Twisties: Menghasilkan Twisties

2) Pengedar Twisties: Menghantar Twisties kepada Pemborong Secara Pukal. Pemborong tiada masa mahu pergi ke 24 kilang makanan ringan. Maka itulah Value yang pengedar twisties tambah: menjimatkan masa pemborong. Apa yang Pemborong beri kepada Pengedar untuk mendapatkan Value tersebut? RM!

3) Pemborong Makanan Ringan: Mengumpulkan pelbagai jenis makanan ringan pada satu tempat. Peruncit mahukan kepelbagaian makanan ringan. Itulah Value yang Pemborong tambah dalam Value Chain ini. Apa yang Peruncit beri kepada Pemborong untuk mendapatkan Value tersebut? RM!

4) Peruncit: Mengumpulkan pelbagai jenis produk jualan pada satu tempat yang mudah diakses oleh pelanggan. Itulah Value yang Peruncit tambah: pelbagai produk, mudah di akses. Apa yang Pembeli beri kepada Peruncit untuk mendapatkan Value tersebut? RM!

5) Pembeli: Mendapatkan Makanan Ringan dengan membayar RM pada harga runcit.

Pada setiap peringkat Value Chain pasti ada Value yang telah ditambah. Jika tidak, mereka yang pada peringkat tersebut pasti tidak boleh buat duit!

Share artikel ini sekarang untuk bacaan akan datang!

Share →
——