Memang Dah Lama Tunggu Nak Beli?
Terus Bayar Di Sini Sekarang



Assalamualaikum w.b.t

Hai! Nama saya Izwan Robotys, 'jurutera' teknik bisnes dan pengasas NOTABISNES

Akhir, rahsia notabisnes terbongkar

Panduan Layout Ebook ini 100% tentang menghasilkan pdf untuk dijual atau diberi percuma agar dapat bantu usahawan dalam usaha membangunkan content marketing yang berkesan.

Dengan Tutorial yang lengkap dan jelas menjadikan teknik ini mudah diikuti dan hasilnya mudah diulang buat oleh usahawan.

Dengan ini, usahawan tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada designer. Usahawan yang baru bermula juga boleh terus mulakan usaha content marketing sendiri. Yang penting: jalan terus.

Ada 'hasil' nanti baru kita boleh upah designer yang lebih baik.

Inilah salah satu komponen dalam SOP "Hasilkan Ebook" untuk tim Notabisnes.

Panduan ini adalah hasil pengalaman dan banyak eksperimen yang notabisnes jalankan untuk hasilkan pdf. Setelah mencuba pelbagai software publishing (Microsoft Word, Adobe Indesign, Illustrator, Powerpoint, Pages, Scribes etc), maka notabisnes telah hasilkan SOP untuk membina pdf.

Yang penting: software yang ditunjukkan adalah PERCUMA sahaja.

(Yang kena bayar adalah panduannya, bukan softwarenya)

Dengan panduan inilah terhasilnya sehingga 12 ebook bawah payung notabisnes. Dan panduan ini telah dipermudahkan lagi agar ianya boleh dibuat oleh pelajar SPM sekalipun.

Lihat sahaja isi kandungan dalam panduan ini:

Video 1 - Ciri Penting Layout Buku
Untuk faham perkara penting dalam layout ebook, kita perlu fahami dahulu asal-usulnya, iaitu daripada layout buku bercetak. Video ini berkongsi tentang 1 poin kritikal dalam layout ebook yang datang daripada konsep buku bercetak tetapi sangat berbeza kepenggunaannya.
Klik

Video 2 - Ciri Layout Ebook
Kemudian kita lihat pula ciri-ciri layout buku. Perbezaan yang ketara kita boleh lihat jika dibandingkan dengan layout buku bercetak. Kita juga akan faham lebih lanjut tentang apa yang designer layout buku jadikan fundamental dalam setiap layout yang mereka kerja. hint: ianya BUKAN GRAFIK

Video 3 - Contoh Layout Ebook
Selepas faham apa yang patut kita 'lihat' pada layout design, kita latih mata kita dengan sesi kritik design layout ebook yang sedia ada dalam pasaran. 3 contoh layout iaitu ebook biasa daripada internet marketer tempatan, internet marketer antarabangsa dan penerbit buku bercetak antarabangsa yang turut edarkan pdf. Kita boleh nampak pelbagai gaya layout ebook.

Video 4 - Format Layout Ebook Notabisnes
Kemudian kita lihat apakah spesifikasi layout ebook notabisnes dengan lebih terperinci. Ada 3 item utama sahaja pun yang akan disentuh dan dibina dalam sesi hands on. Lebih penting lagi: 3 item ini boleh sahaja dibina menggunakan apa-apa software dokumen yang standard. Ia tidak terhad kepada satu jenis software.

Video 5 - Contoh Layout Ebook Notabisnes
Hasil daripada spesifikasi di atas kita akan lihat dalam 1 contoh ebook notabisnes. Kita boleh lihat apabila layout dibina ikut spesifikasi tersebut, design ebook akan lebih mudah dibaca dan lebih seragam merentas semua ebook. Juga ada diterangkan satu rahsia yang menjadikan notabisnes sangat mudah diuruskan layout dan design-nya.

Video 6 - Hands On - Setup & Content
Membina spesifikasi layout ebook notabisnes menggunakan Google Docs. Diikuti dengan sesi copy-paste content yang telah ditulis dalam setup tersebut. Boleh lihat 2 perkara: 1) Cara notabisnes SUSUN penulisan SEBELUM dijadikan ebook dan 2) Software menulis yang notabisnes guna (hint: BUKAN Microsoft Word). Ada sebab 2 perkara tersebut digunakan berbanding cara lain.

Video 7 - Hands On - Formatting
Setelah semua teks telah ada dalam fail docs, barulah ianya di-format-kan mengikut item masing-masing. Ada header, normal text. Juga diterangkan cara yang betul untuk format agar mudah untuk ubah style setiap format pada sesi styling nanti. Jika tidak ikut cara yang betul itu, memang seksa jiwa raga semasa buat styling nanti.

Video 8 - Hands On - Styling
Format adalah meng-kelas-kan setiap jenis teks manakala styling adalah mengubah ciri-ciri setiap kelas teks tadi. Inilah fasa untuk tukar font, saiz font, jarak teks dan sebagainya. Kita akan guna satu fungsi Google Docs yang mana kita hanya perlu ubah sekali sahaja stail dan semua format yang sama akan ikut berubah. Tidak perlu lagi highlight dan ubah stail satu-per-satu. Perkara lain: cara betul mulakan bab baru, masukkan gambar dengan betul dan menambah caption yang seragam.

Video 9 - Hands On - Generate Table Of Contents
Siap semua di atas maka kita boleh guna fungsi khusus Google Docs untuk generate senarai Isi Kandungan ebook kita. Malah, ditunjuk juga cara untuk 'update' senarai isi kandungan itu dengan satu klik sahaja jika kita telah ubah format teks kita. Perkara ajaib ini hanya boleh dibuat jika kita format kan layout kita dengan betul. Tambahan ringkas: Cara masukkan link pada teks pdf kita.

Video 10 - Final - Hasilkan PDF
Akhir sekali, ditunjukkan cara untuk download layout tadi dalam bentuk PDF. Google Docs ada 'perangkap' yang tersendiri bab ini. Maka ada dikongsikan alat khusus untuk mengatasi perangkap tersebut. Juga ditunjukkan cara khusus yang notabisnes guna untuk dapatkan hasil yang seragam merentas banyak ebook-ebook yang telah diterbitkan. Hint: ianya BUKAN cara yang biasa.

Video 11 - Penutup
Video penutup yang merangkumkan semua perkara yang telah ditunjukkan. Penting untuk tonton kerana tanpa penutup minda kita akan terawang-awang dengan pelbagai idea. Video ini khusus untuk membumikan semula idea tadi dan buat kita bertindak.

YANG TIADA dalam panduan ini adalah teknik buat grafik dedabom tahap menang award design antarabangsa. Hanya ada panduan untuk design yang kemas dan senonoh.

Ini juga bukan panduan bagi mereka yang MAHUKAN RESULT tanpa usaha!. Konsep dan teknik dalam panduan ini tetaplah perlu dikerjakan baru kita beroleh hasilnya.

Semua perkongsian di atas akan diberikan dalam bentuk ebook pdf yang tuan puan akan download selepas bayaran di sahkan.

Klik link video dalam pdf tersebut untuk tonton video yang disediakan



Harga: RM 30 RM 47

Yep, ada diskaun jika beli secepat mungkin. Terhad dalam masa 24 jam sahaja. Berikut adalah masa yang masih tinggal:

Dapatkan Pada Harga Diskaun Sekarang! Klik sini

JAMINAN POWER: Jika tuan puan sudah beli dan baca, tetapi tetap tidak puas hati dan rasa macam kena scam, terus hubungi saya (di FB/Wassap/Emel, ikutlah) dan saya akan terus refund tanpa usul periksa.

Itu janji saya, kerana saya yakin dengan lengkapnya dan mudahnya panduan ini

Oh, yang saya tak jamin: dapat sales. Ini lain cerita.

Jangan tunggu lagilah. Dapatkan sekarang

Ini antara 'luahan perasaan' mereka yang pernah mendapatkan pelbagai nota-nota dan video-video notabisnes selama ini. Saya tak minta pun, memang ayat-ayat itu terbit daripada mulut (ehem, jari) mereka sendiri --->

Beli sementara ada diskaun! Klik sini





Izwan "Fundamentalist" Robotys
Seremban, N.Sembilan

ps: Saya berrrani jamin ebook ini sangat berbaloi! Namun, jika sudah beli dan tidak puas hati dengan teori dan latihan yang dengan mudah nak hasilkan poster, boleh sahaja emel kepada saya untuk refund. Saya tak akan mengarut panjang, akan terus refund. Janji!

Dijamin Best! Dapatkan sekarang