Memang Dah Lama Tunggu Nak Beli?
Terus Bayar Di Sini Sekarang



Assalamualaikum w.b.t

Hai!

Jika content marketing adalah strategi marketing yang ampuh, maka Video Content Marketing adalah senjata yang mengagumkan dalam menjalankan kerja-kerja marketing.

Hasil bereksperimen menerbitkan video setiap hari selama 30 hari, NotaBisnes kita berkongsi strategi, konsep, teori dan how to dalam menghasilkan video yang berkesan untuk content marketing.

14 video dengan 140 minit masa tayangan yang penuh dengan maklumat premium tentang video content marketing.

Hasilnya nanti, tuan-puan mampu merancang, merakam, menyunting dan memasarkan video sebagai salah satu serampang dalam pelbagai lagi usaha marketing yang dilakukan.

Ini adalah video-video yang berkongsi tentang mindset, prinsip, teori dan teknikal 'how to' bagaimana #notabisnes menghasilkan video-video untuk content marketing.

Ya, bukan hands on kosong semata-mata tetapi didasari dengan fundamental yang berdiri atas batu asas yang kukuh.

Ini kerana, hanya dengan fundamental yang mendalam barulah tindakan-tindakan kita benar-benar memberi hasil seperti yang kita mahukan.

Apakah hasil yang kita mahukan daripada aktiviti video content marketing? 1) Menarik perhatian strangers baru dan 2) Membelai prospek dan customer sedia ada.

Ya, content marketing bersifat serampang dua mata.

Ia dapat memenuhi seluruh kehendak mereka yang berada dalam sales funnel kita!

Inilah 14 video yang dikongsikan kali ini:

Video 1 – Pengenalan
Sebagai pengenalan kepada siri video dalam panduan ini. Tentang siri, tentang notabisnes dan sedikit tentang apa yang penting untuk kita jangka dalam video-video akan datang.
Klik

Video 2 – Ulasan Kempen Video Content Marketing Notabisnes
Mengulas tentang keputusan dan hasil yang berlaku kepada page NotaBisnes dan juga Profile Izwan Robotys setelah melakukan Video Content Marketing selama 30 hari.

Video 3 – Fungsi Content Marketing
Setiap perkara yang kita buat harus ada tujuannya. Maka, video ini menerangkan mengapa kita lakukan content marketing secara amnya, dan mengapa pilih video sebagai format content secara lebih spesifik.

Video 4 – Kelebihan Video Content Marketing
Hanya apabila kita faham fungsi, barulah kita boleh gunakan video dengan sebaiknya. Khususnya menggunakan kelebihan format video menjadikan kelebihan kepada content marketing yang kita jalankan.

Video 5 – Cabaran Video Content Marketing
Sepertimana alat lain, video juga ada cabarannya yang tersendiri. Cabaran inilah yang menyulitkan usaha kita kelak. Namun, apabila kita berjaya melepasi cabaran-cabaran ini, kita ada kelebihan yang besar kerana orang lain mungkin sahaja tidak mampu atau give up apabila bertembung dengan cabaran seperti ini.

Video 6 – Cara Hasilkan Content
Maka kita sudah masuk ke fasa yang ditunggu-tunggu iaitu cara-cara menghasilkan content. Video ini menerangkan secara ringkas apa yang perlu kita lakukan dalam menghasilkan content. Seluruh proses menghasilkan content harus kita lalui dan perincikan barulah content kita menjadi bernilai tinggi.

Video 7 – Overview Hasilkan Video Content
Menghasilkan video ada prosesnya yang tersendiri. Video ini menerangkan proses-proses yang terlibat dalam menghasilkan video content marketing secara umum. Dengan memahami proses yang terlibat, kita mampu set minda kita dengan jangkaan yang realistik.

Video 8 – Teori Visual Rakaman Video
Visual video yang kita rakam adalah salah satu perkara yang paling jelas kita boleh lihat kualitinya. Dalam video ini diterangkan teori-teori visual yang notabisnes sendiri gunakan dalam mendesain visual video notabisnes. Daripada pencahayaan, positioning dan pelbagai lagi teori yang membantu orang biasa merakam video tahap ‘boleh pakai’.

Video 9 – Setup Alat & Software Rakaman Notabisnes
Turut dikongsikan adalah setup alat-alat yang digunakan dan juga software untuk merakam. Semuanya adalah alat dan software yang mampu milik, atau mungkin telah pun dimiliki oleh kita semua. Ya, alat dan software untuk menghasilkan video rata-rata boleh didapati dengan mudah oleh kita semua.

Video 10 – Overview Software Suntingan Video
Ada pelbagai software wujud didunia ini khusus untuk menyunting video. Ditunjukkan sepintas lalu software-software yang ada daripada software gred profesional kerja-kerja post-production filem dan televisyen hinggalah ke aplikasi dalam smartphone. Juga ditunjukkan cara cari tutorial menggunakan semua aplikasi tersebut.

Video 11 – Tutorial Edit Video Guna Software Kegemaran NotaBisnes.
NotaBisnes sendiri gemar menggunakan software open source yang percuma untuk edit video. Dalam video ini dikongsikan cara download, install dan proses-proses editing daripada import hinggalah ke render. Semuanya mengikut format dan flow video 10 minit notabisnes yang digunakan sepanjang 30 hari eksperimen sebelum ini.

Video 12 – Langkah dan Tips Publish Video ke FB
Tidak ramai yang pernah publish video ke FB, maka dikongsikan cara-cara dan ‘apa nak klik?’ untuk menerbitkan video kita ke FB page. Cara yang sama turut digunapakai untuk terbitkan video ke FB profile. Yang paling mahal adalah tips tentang ‘mahu tulis apa’ yang membuatkan video kita mudah mendapat tontonan dan share.

Video 13 – Langkah Penting Untuk Market-kan Video Tadi di Facebook
Publish di page belum lagi dikira ‘marketing’. Ianya baru publishing. Dalam langkah ini ditunjukkan apa yang notabisnes buat untuk marketkan semua video yang telah dipublish di notabisnes. Juga dikongsikan apa yang sepatutnya ditulis dalam ruangan text apabila kita share video tadi ke profile kita dengan tujuan mahu mencetuskan minat friends & follower untuk menonton.

Video 14 – Penutup
Tamat semua perkara yang ingin disentuh dan konklusi kepada semua video-video yang telah dipersembahkan.

YANG TIADA dalam panduan ini adalah VIDEO langkah demi langkah buat FB Ads dan sebagainya. Ini bukan panduan FB Ads tetapi panduan Video Content Marketing!

Juga tiada janji-janji manis 'kalau tuan/puan ikut bulat-bulat akan dapat sales sekian-sekian tanpa buat kerja, just goyang kaki sahaja'

Ini bukan panduan bagi mereka yang MAHUKAN RESULT sepantas mungkin!. Konsep dan idea dalam ebook ini tetaplah perlu dikerjakan baru kita beroleh hasilnya.

Semua perkongsian di atas akan diberikan dalam bentuk ebook pdf yang tuan puan akan download selepas bayaran di sahkan.

Harga: RM 57 RM 77

Yep, ada diskaun jika beli secepat mungkin. Terhad dalam masa 24 jam sahaja. Berikut adalah masa yang masih tinggal:

JAMINAN POWER: Jika tuan puan sudah beli dan baca, tetapi tetap tidak puas hati dan rasa macam kena scam, terus hubungi saya (di FB/Wassap/Emel, ikutlah) dan saya akan terus refund tanpa usul periksa.

Itu janji saya, kerana saya yakin dengan lengkapnya dan mudahnya panduan ini

Oh, yang saya tak jamin: dapat sales. Ini lain cerita.

Jangan tunggu lagilah. Dapatkan sekarang

Ini antara 'luahan perasaan' mereka yang pernah mendapatkan pelbagai nota-nota dan video-video notabisnes selama ini. Saya tak minta pun, memang ayat-ayat itu terbit daripada mulut (ehem, jari) mereka sendiri --->

Beli sementara ada diskaun! Klik sini





Izwan "Fundamental" Robotys
Seremban, N.Sembilan

ps: Saya berrrani jamin ebook ini sangat berbaloi! Namun, jika sudah beli dan tidak puas hati dengan 14 video perkongsian tentang menghasilkan video content marketing ini, boleh sahaja emel kepada saya untuk refund. Saya tak akan mengarut panjang, akan terus refund. Janji!

Dijamin Best! Dapatkan sekarang