NOTABISNES Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita

Azam Tambah Income 2019: Fahamkan Beza Bisnes VS Berniaga

.

Saya yakin antara kita pasti ada terdetik tentang alangkah bagusnya jika pendapatan kita meningkat pada tahun ini.

Lalu kita pun menanam azam untuk menambah pendapatan.

Ada juga sebilangan kita yang baru mula mahu ada pendapatan.

Tentu sahaja azam tersebut pernah kita fikir setinggi langit, buat bisnes sehingga jualan juta-juta setahun.

Namun kita harus sedar bahawa ada beza yang amat jelas antara berniaga untuk jana pendapatan bulanan berbanding berniaga untuk membina bisnes yang boleh bergerak sendiri.

Perbezaan yang nipis, tetapi ia nyata ada di situ.

Cabaran di sini adalah aktiviti kedua-dua jenis berniaga tersebut kelihatan serupa sahaja pada mata kasar.

Kedua-duanya perlu modal. Kedua-duanya perlu menjual. Kedua-duanya perlu buat untung.

Namun, perniagaan yang dilakukan untuk bina bisnes ada satu fundamental yang tidak sama.

Iaitu: Customer Database.

Apabila kita berniaga tanpa menyimpan Customer Database, kita ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Kita buat jualan dan dapat pendapatan apabila kita menjual kepada trafik yang 'lalu lalang' depan premis kita setiap hari.

Kita cukup puas dengan jualan sebegitu, kerana fokus kita hanyalah untuk ada pendapatan tambahan.

Berniaga gaya sebegini juga biasanya tidak mampu untuk membesar kerana margin yang besar tersebut hanya mungkin didapati kerana usahawan itu buat semua kerja sendiri.

Dialah yang goreng pisang, dialah yang panggil orang, dialah yang terima duit dan dialah juga yang bungkus.

Maka jika setiap RM 1 jualan itu ada untung RM 0.5, seluruh 50 sen itu adalah milik beliau.

Nak kumpul Customer Database pun tidak sempat sebab kena buat semuanya sendiri!

Jangan haraplah pula untuk gajikan orang lain untuk kumpul Customer Database. Takut tak cukup pendapatan!

Berniaga gaya bina bisnes pula menekankan kerja-kerja kumpul Customer Database ini.

Biarlah orang lain goreng pisang dan bungkus order. Usahawan itu akan fokus hanya pada panggil orang, terima duit dan kumpulkan nama-no telefon customer tadi.

Ini kerana, untuk jualan esok hari, usahawan tadi hanya perlu blast sms atau whatsapp atau apa sahaja kepada customer yang pernah membeli dengannya.

Kini, beliau tidak perlu bergantung pada trafik yang lalu lalang sahaja.

Kini, beliau yang generate trafik tersebut!

Semakin besar Customer Database beliau, semakin besar trafik yang datang daripada aktiviti 'blast' beliau, semakin stabil dan predictable bisnes beliau.

Aktiviti 'blast' tersebut namanya Marketing.

Ya, bukan susah pun buat marketing sebenarnya.

Dengan marketing untuk kumpul Customer Database, barulah bisnes terbina dan berkembang menjadi besar.

Tidak salah pun jika kita berniaga untuk tambah pendapatan. Tetapi, selagi kita tidak kumpul Customer Database, bisnes kita tidak akan berkembang, dan kita akan tetap kayuh 'sorang-sorang' bisnes ini.

Kalau tak kayuh, kita tak makan.

Lalu kita pun tertanya-tanya kembali, benarkah kita mahu teruskan Azam 2019 kita ini?

Mahu tambah pendapatan?

Kerana nampak macam susah.

Ia nampak macam susah sebab kita tidak tahu.

Macam jalan dalam gelap gelita. Kita takut kerana kita tidak tahu.

Jika tuan-puan sudi untuk mencerahkan jalan tambah pendapatan, jemput pertimbangkan tawaran NotaBisnes yang terbaru ini: KOMBO AZAM 2019.

Kombo Azam 2019

Kombo Azam 2019 →

Selama 3 tahun notabisnes buat kajian dan menemubual usahawan yang kukuh fundamental mereka untuk benar-benar fahamkan bagaimana cara untuk bina bisnes.

Cara yang tidak perlukan modal besar. Cukup dengan fundamental yang betul dan execution yang 'laser focused' untuk membina bisnes yang berpotensi berkembang besar.

Bisnes yang bukan setakat pendapatan tambah, tetapi berpotensi jadi sumber pendapatan utama kita.

Hasilnya, NotaBisnes punya 17 senarai panduan dalam bentuk ebook dan juga panduan video yang bantu kita faham fundamental, strategi yang fleksibel dan teknik yang terperinci untuk kita bina bisnes.

17 Tajuk panduan tersebut adalah:

Nota Duit: 53 Artikel tentang menguruskan kewangan peribadi. Ini ialah panduan paling penting kerana kita tidak jadi kaya dengan bisnes, tetapi kita jadi kaya dengan menguruskan pendapatan!

Nota Bisnes: 57 Artikel tentang memulakan, membina dan mengembangkan bisnes. Tulisan dan buah fikiran terawal yang menjadi akar kepada panduan-panduan yang lain.

Cost Per Sales: Panduan mengira kos dengan terperinci untuk memastikan kita tahu pada titik harga atau unit jualan berapakah baru kita break even.

NotaBisnes II: 57 lagi artikel tentang membina dan mengembangkan bisnes. Kesinambungan daripada Nota Bisnes pertama. Ada topik baru dan juga kupasan baru tentang topik sebelum ini.

Unique Selling Point: Panduan mencipta unique selling point ke atas produk dan tawaran kita yang membuatkan kita kebal daripada perang harga. Malah ia menjadi batu asas kepada kempen marketing kita untuk besarkan kek pasaran dan seterusnya jualan.

Blueprint Bisnes: 30 Soalan yang akan bantu kita kenalpasti dengan yakin dan terperinci komponen-komponen bisnes kita cukup dan lengkap untuk kita berkembang. Alternatif yang saya gunakan kepada BMC.

Sales Funnel: Ini adalah TULANG BELAKANG kepada bisnes kita. Tanpa Sales Funnel, kita tidak mungkin dapat merancang perkembangan bisnes, memikat pelanggan baru dan juga membuat jualan dengan konsisten. Jika itu penyakit kita sekarang, maka Sales Funnel lah ubatnya.

117 Cara Tingkatkan Sales: Panduan ini adalah respons notabisnes kepada kegilaan orang kita minta tips naikkan jualan. Nah, 117 cara naikkan jualan kat sini. Jangan kacau saya lagi. :-D

FB Ads Advance: Panduan langkah-demi-langkah untuk gunakan teknik retargeting dalam FB Ads. Ini teknik advance yang amat membantu kita menyusun Sales Funnel yang melibatkan FB Ads dengan efektif dan mampu kembangkan Customer Database kita dengan efisien!

FB Ads From Zero: Khusus kepada mereka yang ingin guna FB Ads tetapi takut sebab tak pernah guna FB Ads dan juga rasa diri tidak celik IT. Panduan ini khusus untuk intro tentang apa nak kena klik untuk guna FB Ads.

FB Ads Business Manager: Kebanyakan fungsi advance sekarang ini memerlukan akaun Business Manager. Antaranya adalah Custom audience dan juga retargeting pixel. Perlu hadam panduan ini terlebih dahulu sebelum ke FB Ads Advance.

FB Ads Fundamental: Panduan yang menunjukkan letak duduk FB Ads dan pelbagai fungsinya dalam Sales Funnel. Ya, inilah penerangan tentang cara nak guna konsep Sales Funnel ke dalam FB Ads. Saya suka FB Ads kerana ia boleh menyelit pada semua ruang sales funnel!

97 Templat Tajuk Memikat: Perkara penting dalam content marketing adalah tajuk yang memikat audiens untuk layan content kita. Ini adalah templat yang notabisnes sendiri guna untuk kerja-kerja content marketing selama ini. Terbukti berkesan!

Panduan Desain Poster: Perkara kedua penting dalam content marketing adalah kerja-kerja grafik, khususnya poster digital. Panduan ini menerangkan konsep penting design seperti Kontras, Whitespace, Gird Layout dan sebagainya dalam bentuk yang sangat mudah difahami dan mudah pula untuk diaplikasikan dalam kerja design poster seharian kita. Beginner friendly!

Panduan Layout Ebook: Perkara ketiga penting dalam content marketing adalah ebook percuma yang biasa kita berikan untuk dapatkan besarkan senarai emel. Panduan ini menunjukkan cara langkah-demi-langkah setting layout ebook mengikut standard penerbitan buku bercetak. PDF yang terhasil kelak sifatnya disenangi pembaca dan fokus pada pemahaman mereka. Kerana memang background saya ini adalah penerbitan buku. :-D

Panduan Video Content Marketing: Perkara yang tidak kurang penting adalah menghasilkan Video untuk kerja-kerja content marketing kita. Ini adalah panduan merakam dan menyunting video daripada mentah sehingga sesuai untuk dikongsi di Facebook dan juga media sosial yang lain. Notabisnes setakat ini telah menghasilkan hampir 100 video untuk notabisnes dan juga rakan-rakan yang lain!

Panduan Copywriting 30 Point: Pening kepala tidak tahu bagaimana mahu tulis sales letter untuk landing page? Atau untuk skrip closing? Jawab 30 soalan ini dan susun ikut panduan yang diberikan dan tuan-puan akan dapat satu copywriting yang cukup berkesan untuk closing prospek kita. Templat ini notabisnes sendiri guna untuk kerja-kerja copywriting kami. :-D

Jika dibeli panduan ini satu persatu, jumlahnya mencecah RM 1471.

Ya, bukan murah.

Namun, tawaran Kombo Azam 2019 ini dengan tujuan untuk bantu nyalakan dengan lebih marak azam 2019 tuan-puan untuk tambah pendapatan, kini boleh didapat dengan harga RM 99.00.

Ya, SEMBILAN PULUH SEMBILAN RINGGIT SAHAJA.

Kombo Azam 2019 →

Jangan tunggu lagi, kerana ia akan tamat pada 5 Mac 2019.

Dapatkan sekarang, sementara gaji dalam bank tu masih bersisa untuk kita gunakan.

Kombo Azam 2019 →

Jumpa Di sana!


Izwan Wahab
The Simplifier

Share artikel ini sekarang

Share →
——

Seronok nak lihat angkanya meningkat. Itu ja. 😀