NOTABISNES Koleksi nota-nota mahal tentang konsep, strategi
dan taktik untuk mula dan kembangkan bisnes kita

Graduan Bidang Perniagaan Antara Yang Paling Sukar Cari Kerja

Graduan Bidang Perniagaan Antara Yang Paling Sukar Cari Kerja

Seperti yang 'dilaporkan' oleh Maukerja di blog Siakapkeli, ada empat bidang pengajian yang sukar mencari pekerjaan dua tiga menjak ini.

Bidang-bidang tersebut adalah: 1) Pengurusan Sumber Manusia 2) Perakaunan 3) Seni dan 4) Perniagaan.

'Laporan' ini adalah bagus sebagai bahan latihan 'pemikiran kritis'.

Pemikiran kritis adalah satu model pemikiran yang fokus pada mencari kelemahan pada subjek yang difikirkan.

Ia bukan semestinya berbentuk 'kritikan' seperti yang biasa kita lihat.

Well, sebenarnya 'kritikan' yang biasa kita lihat ditonjolkan bukan kritikan yang tulen, tetapi kutukan dan kecaman yang bertopengkan 'kritikan'.

Kritikan yang tulen adalah persoalan atau informasi baru yang mengubah sudut pandang sedia ada hingga menampakkan kelemahan yang tiada sebelum ini.

Apabila kita aplikasikan pemikiran kritis ini ke atas 'laporan berita' tadi, kita akan dapat lihat kelemahan-kelemahan yang mungkin tidak jelas sebelum ini.

Kritikan 1: Mungkin benar itu 4 bidang yang paling tinggi, tetapi berapa jauhkah perbezaan antara bidang tersebut?

Jika bezanya setakat seratus dua orang, maka ia tidaklah begitu tinggi.

Laporan tersebut turut menyatakan jumlah 'sampel' kajian adalah 54,103 orang graduan yang gagal mendapatkan pekerjaan.

Kita perlu lebih banyak maklumat tentang sampel yang diberikan. Antaranya adalah pecahan mengikut bidang, jangka masa yang diambil kira dan juga taburan lokasi graduan yang gagal bekerja tersebut.

Jika semua perkara di atas hasilnya adalah sekata kepada semua bidang pendidikan, maka barulah kita boleh fokus pada bidang yang lebih spesifik bagi menjustifikasikan bidang tersebut sebagai bidang pendidikan yang benar-benar tiada peluang pekerjaan.

Kritikan 2: Graduan Yang tidak dapat pekerjaan adalah graduan 'bottom 20%' yang tidak 'berkualiti' untuk bekerja.

Jumlah graduan yang tidak dapat pekerjaan adalah 54 000 orang. Jumlah graduan setiap tahun lebih kurang 200 000 orang.

Pendek kata, 25% daripada jumlah graduan tidak dapat tempat kerja.

Mengikut Normal distribution, kita boleh kata bahawa 25% adalah graduan 'bottom average', 25% lagi adalah 'below average', 25% lagi adalah 'above average' dan selebih 25% lagi adalah 'top average'.

'Average' di sini mungkin kita boleh kira dari segi 'tahap kesediaan bekerja' daripada 3 aspek utama: pengetahuan, sikap dan 'semangat' (know-how, attitude, drive).

Adalah 'normal' bagi bottom average mengalami kesukaran dalam apa-apa bidang sekalipun, apatah lagi untuk dapat tempat kerja.

Malah, kita boleh kata bahawa pasaran pekerjaan ini masih 'lebut hati' kerana tetap mudah bagi graduan 'below average' untuk dapat tempat kerja.

Jika dalam bisnes di pasaran terbuka, hanya "25% top average" sahaja yang akan kekal beroperasi tahun demi tahun.

Itu adalah hakikat.

Kritikan 3: Apajadah pelajar 'perniagaan' pergi 'cari kerja'

Notabisnes adalah bias kepada 'belajar berniaga untuk berniaga' dan bukannya 'belajar berniaga untuk urus perniagaan orang'.

Kita selalu asingkan 'perniagaan' daripada 'keusahawanan' sepertimana kita asingkan 'perniagaan' daripada 'usahawan' itu sendiri.

Anehnya, kita ada bidang pendidikan 'perniagaan' tetapi tiada bidang 'keusahawanan'.

Atau sebenarnya ada bidang 'keusahawanan' tetapi graduannya tamat belajar dan terus buka perniagaan. Mereka cari pekerja, bukannya mencari pekerjaan. :-D

Hipotesis Baru: Pasaran pekerjaan telah berubah seiring dengan perubahan pada struktur ekonomi itu sendiri.

Notabisnes berpegang kepada konsep bahawa tapak asas ekonomi tempatan kita sudah berubah.

Sudah berubah hingga tahap struktur sosio-ekonomi yang dahulu tidak mampu menguruskan aliran ekonomi seperti dahulu.

Bermaksud, komponen dalam aliran nilai industri telah berpecah lebih halus kepada skala mikro.

Bermaksud, struktur sesebuah perniagaan tidak lagi perlu sebesar dahulu untuk berfungsi dengan baik. Pekerja seramai 15 orang sahaja pun sudah cukup untuk uruskan jualan jutaan ringgit.

Bermaksud, 'budak kecil' boleh hidup dengan nyaman berbanding 'budak besar' yang kini rasa penat kena 'hakis' oleh budak kecil yang ramai ini.

Satu kek besar dahulu kini telah terpecah kepada beberapa puluh kek-kek kecil, yang masih 'connected' tidak tidak 'committed' antara satu sama lain.

Halakan sahaja fokus kita pada mana-mana industri sekalipun, kita boleh nampak situasi tersebut dengan mudah.

Dek kerana tapak struktur sosio-ekonomi ini telah berubah, maka tentu sahaja pasaran pekerjaan akan turut berubah.

Semakin kurang penawaran terhadap pekerja 'fresh'.

Namun semakin banyak peluang untuk graduan mula buat bisnes kecil milik sendiri.

Contoh paling mudah: dahulu, kita perlu belanja hampir ratus ribu ringgit untuk buat iklan di TV3 untuk tayang iklan kita pada 2 juta penonton.

Sekarang, guna FB Ads, kita hanya perlu RM 6000 ringgit sahaja.

Peluang terbuka luas.

Satu pintu tertutup, 73 pintu terbuka!

ps: Tidak mahu komen bab graduan Seni 'cari kerja'. Orang seni mana ada 'cari kerja'. Mereka hidup bebas (freelance)! :-D


Izwan Wahab
The Simplifier

Share artikel ini sekarang

Share →
——

Seronok nak lihat angkanya meningkat. Itu ja. 😀