Ilmu Pendinding Scam

Kita biasa kena scam kerana kita sangka orang yang scam kita itu berkata benar. Katakunci di sini adalah 'kita sangka'. Jadi, untuk mendinding diri kita dari kena scammed, kita perlu mahir elakkan 'kita sangka' ini.
Caranya mudah sahaja, semua perkara di bawah ini BELUM TENTU BETUL:
- Sumber yang berkata pernah keluar TV
- Sumber yang berkata pernah keluar Akhbar
- Sumber yang berkata adalah seorang Doktor
- Sumber yang berkata adalah seorang Ustaz
- Sumber yang berkata adalah seorang Cikgu / Pensyarah
- Sumber yang berkata adalah seorang Ketua
- Sumber yang berkata adalah seorang Jutawan
- Sumber yang berkata bawa kereta Mahal
- Sumber yang berkata ada rumah Besar
- Sumber yang berkata belajar hingga Universiti
- Sumber yang berkata ada ramai follower di FB
- Sumber yang berkata ramai orang telah buat/join perkara scam ini
- Sumber yang berkata bekas tentera
- Sumber yang berkata pernah jadi orang 'besar'
- Sumber yang berkata dipercayai ramai orang
- Sumber yang berkata adalah selebriti
- Sumber yang berkata berpakaian mewah
- Sumber yang berkata memetik kata-kata orang terkenal
- Sumber yang berkata mereka adalah saudara orang terkenal
- Sumber yang berkata tanpa ada rujukan rasmi
- Sumber yang merujuk petikan tanpa memberi sumber asal
- Sumber yang berkata 'aku dengar dari kawan aku'
- Sumber yang berkata 'wassap dari group sebelah'
- Sumber yang berkata dengan suara yang sangat kuat
- Sumber yang berkata ustaz/pensyarah/doktor turut ikut beliau
- Sumber yang berkata beliau ada berkoyan-koyan harta
- Sumber yang berkata 'kau bagi duit dulu nanti dapat income'
- Sumber yang berkata 'kau tak bagi duit camana nak dapat income'
Soalan paling penting: maka bagaimana kita mahu tahu orang yang bercakap itu tidak scam?
Itu soalan yang salah sebenarnya. Kita tidak mungkin tahu kejujuran mereka yang mengajak kita itu. Tidak mungkin sama sekali. Mungkin sahaja mereka terlalu percaya tanpa usul periksa lalu mengajak kita.
Nasib baik kita ini skeptik.
Apa yang boleh kita lakukan ialah: fokus pada 'apa' yang mereka katakan. Bukan pada 'siapa' orang yang berkata itu.
Selagi kita tidak faham apa yang mereka katakan itu maka kita hanya perlu tersenyum dan menolak pelawaan mereka.
Walaupun kita faham, tetapi kita tidak yakin dengan apa yang mereka sampaikan pun kita tetap boleh menolak pelawaan mereka.
Ayat lembut untuk menolak adalah "terima kasih kerana buka peluang ini, tetapi aku tidak mahu mengambilnya."
Tidak perlu beri alasan mengapa.
Jika dipaksa-paksa maka gunakan ayat kasar pula: "Aku taknak masuk. Kau nak paksa aku masuk dah kenapa?"
Sekian, :-D
Izwan Wahab
The Simplifier