3 Soalan Untuk Sahkan Produk Kita Betul-betul Untung Dijual

Ada 3 soalan yang perlu kita fokus apabila kita sedang uji produk baru untuk dijual. Ini adalah 3 perkara yang besar yang mana jika kita boleh buat perkara-perkara ini maka kemungkinan besar kita boleh dapat untung apabila kita jual produk ini.
3 Soalan tersebut adalah:
- Bolehkah kita dapat pembekal produk tersebut yang konsisten?
- Bolehkah kita jual pada harga 3 kali ganda (atau lebih) daripada kos jual (CPS)?
- Bolehkah kita jual produk tersebut dengan konsisten?
Asalkan ketiga-tiga perkara besar tersebut boleh kita lakukan, maka produk kita tadi sudah boleh kita jual dengan yakin.
Mengapa 3 perkara ini adalah perkara besar untuk jualan produk baru?
Mudah sahaja: kerana 3 perkara inilah yang orang baru menjual selalu terperangkap.
Sudah dapat jual produk dengan seronok, tiba-tiba pembekal sudah tidak dapat bekalkan. Akibatnya market kering begitu sahaja. Silap-silap kita pula dituduh penipu oleh customer.
Pembekal sudah ok, tetapi kita pula yang tidak dapat jual dengan konsisten. Sales kejap masuk kejap kering. Ini kerana kita masih belum betul-betul memahami pasaran yang kita target tadi. Lama-lama pembekal pun malas nak layan kita.
Jualan sudah konsisten, pembekal juga sudah bagus, tetapi makin lama kita jual semakin teruk cashflow kita. Rupa-rupanya selama ini kita menjual tiada untung, kerana harga jual tidak mampu menampung kos jualan. Kena kira dahulu kos jualan gamaknya.
Tiada lagi perangkap yang lebih besar daripada 3 perkara di atas. Sebab itulah kita harus memastikan produk baru yang kita mahu jual itu melepasi 3 perangkap tadi dahulu, barulah kita yakin untuk melabur lebih banyak modal ke atasnya.
Ya, jangan keluarkan semua modal untuk test jual. Gunakan 10% daripada modal kita untuk itu. Jika tidak, kita berisiko besar untuk melingkup apabila cubaan jual kita melingkup.
ps: Yang lengkap ada 30 Soalan semuanya. Itu semua telah saya rangkumkan dalam Panduan Video Blueprint Bisnes. Rujuk link berikut ---> http://notabisnes.net/blueprintbisnes
pps: Cara kira Kos Jualan atau Cost Per Sale (CPS) juga telah saya kongsikan dalam Panduan Video CPS. Rujuk link berikut pula ---> http://notabisnes.net/cps
Izwan Wahab
The Simplifier