Sekolah Penulisan Ramadan

"Saya dah lama teringin pegang buku yang ditulis sendiri"

"Buku saya dah terbit, tapi macamana nak menjualnya?"

"Rasa macam membazir masa kalau tak siapkan buku masa PKP ini. Tapi perlukan tolakan motivasi!"

Daftar sekarang →

Tuan Zamri Mohamad mengepalai 20 pakar bidang telah membangunkan Sekolah Penulisan Ramadan yang dianjurkan oleh Malaysia Writer Movement (MYMOVE).

Sekolah Penulisan Ramadan adalah 'seminar online' yang disampaikan oleh mereka yang berpengalaman dalam bahagian penulisan masing-masing daripada menyiapkan manuskrip, mencantikkan deraf, menghasilkan desain, memasarkan dan juga menjual buku.

Cukup 360 darjah dipayungi topik-topik tentang penerbitan buku.

Saya mewakili Nota Bisnes amat berbesar hati kerana turut dijemput dalam sesi kali ini. Tuan Zamri memaksa saya berkongsi topik yang saya 'simpan seorang' dan berat hati mahu tunjuk pada orang lain, iaitu tentang konsep Object-Value Model (OVM).

Tajuk yang diberi: "Mencipta nilai buku dan diri yang dimahukan oleh pembaca."

Konsep OVM adalah satu cara melihat dan membentuk nilai menjadi barang jualan. Cara yang sistematik ini telah saya kongsi dengan Zamri 2 tahun lepas. Selepas faham, beliau tidak lagi melihat buku sebagai kepingan kertas.

Selepas faham OVM, beliau mampu berfikir cara menyusun idea yang besar menjadi barang dagangan yang bernilai.

Jujur saya memang berat hati nak berkongsi tentang OVM, kerana 1) Ia adalah 'senjata rahsia' Nota Bisnes dan 2) Penyampainnya bersifat akademik dan teoritikal - tak ramai boleh 'hadam'.

Saya berani berkongsi pada Sekolah Penulisan Ramadan kali ini atas desakan dan kepercayaan Tuan Zamri sendiri, yang mana beliau lihat konsep OVM ini seharusnya cuba difahami oleh penulis agar mereka akhirnya faham dan hidup dengan mindset bahawa "Buku BUKANLAH Kertas Semata". Akhirnya, idea penulis akan bebas daripada kongkongan helaian kertas.

Akhirnya rezeki sorang penulis terbuka luas melepasi kongkongan susunan perkataan atas mukasurat buku masing-masing.

Ada 22 tajuk yang telah disenaraikan, dan sebahagiannya saya kongsikan dalam galeri gambar yang dikepilkan di bawah.

Pendaftaran telah pun dibuka. Yuran asal adalah RM 850 yang mana adalah sepadan dengan nilai kursus penulisan selama seminggu. Sekolah Penulisan Ramadan adalah sebulan! Malah selagi akses dibuka, selagi itu tuan-puan boleh ulang dan hadam topik-topik yang disampaikan.

Namun, penganjur meraikan ramadan dan juga musim PKP ini dengan menurunkan harga dengan sangat drastik kepada RM 99 sahaja.

Ya. RM 99 untuk 22 topik penulisan.

Sesi duduk dengan Nota Bisnes selama 2 jam untuk 'intro' kepada topik OVM pun harganya adalah RM 500!

Daftar sekarang di sini →

Dislaimer: itu link affiliate. Apabila tuan daftar melalui link tersebut pembayaraan tuan akan berada bawah seliaan saya. Mereka yang saya selia akan menerima Panduan Tribe Marketing Untuk Penulis sebagai bonus!

Jangan tunggu lagi.

Daftar sekarang →

Jumpa di sana!

PS: ini senarai penuh semua topik. Banyak wooo!

"Siap Untuk Menulis, Menulis Untuk Siap"
Bahruddin Bekri
penulis novel di PTS. Sudah menulis 25 buah karya solo, 18 karya bersama dan empat daripadanya buku bukan fiksyen
"Menulis untuk Membesarkan Bisnes Sendiri"
Mahanom Mohammad
orang bisnes yang aktif menulis, Ahli Lembaga Pengarah Emartech Resources Sdn Bhd
"Membina Asas Kerangka Novel Menggunakan Teknik Surah Yusuf"
Azzah Abdul Rahman
jurulatih bertauliah Bahasa Melayu Tinggi dan Penulisan Novel Teknik Surah Yusuf
"Mencipta Nilai Buku Dan Diri Yang Dimahukan Pembaca"
Izwan Wahab
pengasas Nota Bisnes, Jurutera Kanan Myparcel Asia.
"Seni Memetik Ayat Quran dan Hadis untuk Penulisan"
Ahmad Saifuddin Yusuf
penggerak dalam Projek Tafsir Al Quran Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan pengkaji hadith & sirah
"Berfikir & Bekerja seperti Seorang Editor"
"Menyunting Karya Sendiri Agar Sedap Dibaca"
Mazniza Mohd Nor
Editor Perolehan Must Read
"Menghasilkan Zine Sebagai Bahan Terbitan bersama Buku dan EBook"
Sayidah Mu'izzah
pengasas, penulis, pelukis, editor di Legasi Oakheart
"Mencari Dana dan Menerbitkan Buku Sendiri"
Hafiz Latiff
pengasas Rimau Rights Literary Agency, Legasi Oakheart dan Kuras Buku
"Cara Bekerja Dan Membuat Kajian Dalam Menghasilkan Kulit Buku Yang Memukau Pembaca"
Mohd Zaidi Ismail
penulis dan Ketua Unit Grafik PTS
"Teknik Membina Magnet Diri Melalui Media Sosial dari Kosong ke 80,000 Followers"
Nur Aliah Mohd Nor penulis
CEO di Chettaki Omey dan social media influencer
"RESET! Menjadikan Diri Sebagai Penulis Baharu Yang Dipercayai dan Dapat Mempengaruhi"
Sayed Munawar Sayed Mustar
pengacara rancangan bual bicara RTM dan mantan CEO Perbadanan Kota Buku
"Seni Berunding Dengan Klien Untuk Projek Ghostwriter"
Iera Yusoff
penulis siluman (ghostwriter) dan Pengarah Urusan Sonique Artscape
"Menghasilkan Website untuk Mencipta Jualan Ke Atas Buku Sendiri"
Azree Hanifiah
mantan Ketua Penerbitan Digital PTS, Trainer dan penulis topik digital marketing untuk sifoodotcom, mengurus pemasaran dan pengiklanan - Seroja Media.
"Business Model Canvas (BMC) dan Value Proposition untuk Penulis Baharu"
Yusry Yusopp
Penasihat Bisnes GrowthWheel di CEDAR, SME Bank
"Menulis Panjang Dan Persuasif Menggunakan Formula Alam"
"Menulis Secara Mudah Menggunakan Empat Kuadran Diri"
Zamri Mohamad
pengasas kursuspenulisan.com, penulis 30 buah buku rentas kategori
"Mencipta Punchline Dalam Penulisan"
Fazla Idha
merupakan penulis empat novel remaja dan satu antologi travelog. Beliau pernah menulis di bawah BlinkBook. Fazla juga merupakan pemilik bakeri, One Piece Bakery yang aktif menulis kisah suami isteri.
"Menulis Novel untuk Remaja (Walaupun Anda Penulis Berusia)"
Aman Wan
seorang youtuber, pekomik dan novelis karya remaja. Menghasilkan 17 buku dan telah menjelajah lebih 400 sekolah.
"Rahsia Adaptasi Hallyu (Korean Wave) Dalam Novel Chick-Lit"
Rashiela Nurain
bekas editor karya terjemahan Korea, termasuk komik Running Man. Penulis 15 buah novel remaja. Antaranya siri Seoul yang terjual 75,000 naskah.
"Menguasai Ketakutan Menulis Kali Pertama"
Dr Tiny Azleen Yahya
wanita yang sibuk menguruskan lima orang anak, merupakan setiausaha yang sudah menulis empat buah buku, lapan buah antologi dan dua ebook dalam tema inspirasi hidup dan kemahiran menulis.
"Mengurus Grup Pembaca Secara Terancang dan Berkesan"
Aizat Razak
sebelum ini merupakan Assistant Merchandising Manager, Jabatan Bahasa Melayu, di Popular Book Co. (M) Sdn Bhd. Pernah terlibat dalam membangunkan buku-buku profesional di editorial dan menjadi pengurus pemasaran di PTS. Kini merupakan Ketua Pegawai Operasi di Syarikat Pengiklanan FB iaitu Team FAMES Sdn Bhd sejak 2019. Sudah menulis empat buah buku dan menguruskan FB Group Khas iaitu Tip Resipi Diet Sihat yang mempunyai 73,000 ahli.

Daftar sekarang →

Izwan Wahab
Mr Simplifier
notabisne.net